Wednesday, February 27, 2013

WRP Diet Tea

Rezeki hari ni ada seorang hamba Allah  bergelar doktor kat ofis ni... dia hadiah sekotak tea diet. Uuuhh boleh la aku cuba, memang ada pasang niat nak diet lemak sekarang. Makan asyik tak menentu je dan kurang diberi perhatian kandungan kalori. Tahap kesihatan pun tak pasti, dah lama tak pergi buat medical check up. InsyAllah setakat hari ni masih sihat, cuma sekali sekala tu rasa letih je.


Teh ni macam powder, bukannya uncang, masuk je dalam air dan kacau ada rasa lemon, produk di bawa dari Indonesia. Harganya aku tak pasti sebab tak ada dicetak. Aku pun tak ada nak tanya dengan doktor yang bagi tu berapa harganya. Orang dah bagi free tak payah la nak menanya harga pula...he..he.. macam nak bayar je. Kalau tak silap aku produk ni ada stokisnya. Apa pun aku minum dulu "try and error". Matlamatnya nak buang toksin dalam badan, kalau kurus tu tak pasti la lagi sebab teh ni kategori suplemen. Bagi aku kalau nak kurus tak semestinya bergantung pada produk cuma sistem pemakanan perlu diutamakan.
 

No comments: