Petang ni aku masak untuk makan malam... ganti tengahari tadi tak masak. Balik dari kelas mengaji aku menyinggah di Tesco, sampai rumah dah petang. Jadi aku diet la tengahari tadi cuma makan buah je...kenyang juga makan 2 biji pisang. Untuk malam ni setelah kepeningan fikir pasal menu. Selera nak makan kekadang tu bercelaru bila fikiran dok fikir esok kerja. Stress bila ingatkan laporan belum siap... aku bawa balik dokumen kononnya nak buat homework...langsung tak sentuh!!!
Ayam panggang dalam proses memanggang dan selepas masak |
Sup Sayur dan Sambal Sotong |
Menu terpilih sup sayur, sambal sotong dan ayam bakar. Ayam bakar tu aku guna pemanggang ajaib...senang dan cepat. Bagi yang nak diet minyak tu boleh la beli pemanggang ni, tak perlu lagi nak menggoreng dan boleh juga jimat duit tak payah beli minyak. Cuma bila masak bakar atau panggang ni kena la pandai oleh menu sampingan tu.
No comments:
Post a Comment