Sunday, February 10, 2013

Citerku : Aktiviti - CNY

Sepanjang cuti CNY aku bebas nak buat aktiviti biarpun hp tetap di depan mata. Aku tak terpaksa jenguk hp tu setiap kali ada notis bunyi... eeemm mengalahkan orang bercinta. Ya la kalau buat tak kisah nanti ada urgent work... aku juga yang stress!!!. Apa pun aku kena la bijak mengurusnya... jangan terlalu taat nanti aku juga yang merana, betul tak?

Petang ni aku bust operasi trim pokok-pokok dalam pasu depan rumah. Rasanya lama betul aku tak ambil tahu tentang pokok tu, aku jenguk pokok tu bila nak ambil hasilnya, daun pandan, daun kari, daun limau purut tu banyak berjasa kat aku. Kunyit, halia, serai, daun kesum dah nampak teruk pokoknya...aku potong semua...harapnya tumbuh baru. Bunga2 ros aku nampak ada keluar bunga kecil je sekarang. Eemm mungkin merajuk tak nak berbunga sebab aku kurang beri perhatian.

Aktiviti aku seterusnya penjagaan kesihatan dan menyegarkan badan. Berbulan aku tak guna steam sauna, massage pun dah lama tak pergi. Sauna tu ok la boleh aku bersauna di rumah sebab ada alat tu, jadi hari ni sempat la aku bersauna 25 minit. Kalau ikutkan masa bersauna tu bukannya lama untuk aku buat 3 kali seminggu cuma aku je yang tak prihatin, sedangkan sauna ni bagus untuk hilangkan stress dan toksin dalam badan. Alasan tak cukup masa dan penat membuatkan hidup kita tak cermelang. Ok la lepas ni aku cuba luangkan masa untuk manjakan diri demi kehidupan yang cermelang dan sejahtera.!!!!

Malam ni ruang untuk tengok tv tapi tak tau channel mana yang menarik...tekan je remote tv tu tengok tv3 'janji shirah' ok gak ceritanya tapi bersambung. Eeemm tu la yang bosan bila drama berepisod ni. Mata aku dah la tak mengantuk., belek astro pun hampeh, aduhai astro aku bayar tiap2 bulan ni je servis yang kau orang bagi masa cuti panjang ni. Malang la pelanggang macam aku ni, masa cuti begini la aku nak jenguk tv namun kecewa. Tunggu breadmaker selesaikan tugas meroti 'choc bread'... dan aktiviti seterusnya tidur.!!!

No comments: