Cantik tak mangkuk kristal ni??... bila tersusun nampak macam satu pasu kristal...sebenarnya tu astray rokok ada 4 biji. Astray ni untuk orang yang merokok bila datang kat sini. Bukan aku menggalak mereka merokok dengan membeli astray ni... cuma nak elak dari habuk rokok bersepah letak dalam cawan piring...eemm orang merokok ni suka hati dia orang je mana nak letak habuk dan putung rokok tu janji selesai tugas merokok. Pembuat mangkuk kristal ni masa mereka atau mencipta mangguk ni untuk pelbagai guna kot sebab kalau letak makanan seperti kacang, gula2 pun boleh juga.
Sekarang ni ok la dapat astray kristal kalau ada yang letak merata lagi dalam cawan piring ada yang kena 'sound'. Aku sebenarnya kesian kat tea lady tu kena cuci pinggang mangkuk yang berhabuk rokok dan bila tengok pun aku rasa pengotornya orang-orang ni sebab habuk rokok tu macam bertabur... sekarang ni tea lady cuma cuci astray je... kalau aku kena cuci astray tu dah semestinya aku bising sampai ke pagi...uuhh!!! Nasib baik la roomate aku tak merokok. Sekurangnya aku jauh dari membebel.... cukup la aku membebel perkara2. Ya la masalah macam ni bukannya senang nak selesaikan, hanya orang yang merokok je tau cara nak selesai masalahnya.
No comments:
Post a Comment