Happy Chinese New Year untuk rakan dan kaum bangsa cina, tahun ni mengikut kalendar tahun ular air... eeemmm tak tau la apa kebagusannya. Aku tak sempat nak baca semua tentang kepercayaan kaum cina ni. Minggu ni aku buka surat khabar pun sekali lalu je tengok yang berkaitan dengan kerja aku.
Masa aku di ofis sekarang ni kejar masa nak siapkan segala tugasan. Hari ni lagi la stress siapkan kerja yang begitu bermakna untuk team kami dan seterusnya untuk rakyat. Bos ni kalau dah tau hari ni dateline kenapa la 1 jam je bagi masa kat aku untuk siapkannya. Aku kalau boleh nak buat yang terbaik target nak dapat great A+... selain hasil kerja kandungan yang berisi semestinya persembahannya pun sedap mata memandang. Aku berusaha menyiapkannya... sanggup korban segala urusan peribadi... bab kata nak makan tu di kemudiankan ... ni nak pergi tandas pun sanggup menahan... janji kerja tu dapat di selesaikan seperti yang diamanah. Ya la dalam berhati-hati dan teliti kadang tu ada pula bab lain yang tidak memuaskan.
Adohai bos... apa la sangat bezanya dalam envelope dengan masuk dalam folder??? SULIT? macamana sulit pun benda cam tu tetap akan berubah. Aku dah letak perkatan sulit tu setiap muka surat... jadi kat envelope pun aku kena letak sulit juga ke... uuuuuhhh sikit je silapnya aku rasa tak berjaya dalam kerja aku. Tak pa la tak dapat gread A+ atau A dan sebagainya, aku dah bosan nak fikir pasal tu semua, kpi pun aku tak ambil tau. Sebabnya tiada jaminan untuk aku dapat sesuatu. Sekarang pun aku kerja, korban segalanya, masa dan kepenatan tiada apa pun yang mengembirakan aku jauh sama sekali dihargai. Kau Orang cakap kerja dan perjuangan.. lantak la kau orang nak cakap pasal perjuangan, bagi aku dalam tugas tak perlu nak tanam apa pun semangat yang sekadar tulisan je... bagi aku cukup la ada tanggungjawab dalam memikul amanah. Kau orang boleh la cakap kerja untuk berjuang @ perjuangan sebab disebalik tu kau orang dapat habuan yang lebih dari perjuangan. Macam aku ni kau orang bagi nama jawatan tinggi sekadar untuk mengahkan organisasi... disebalik tu kerja aku lebih rendah tarafnya, tanggungjawab aku melebihi dari seorang pejuang. Boss kau tak ada jawatan dan pangkat pun dah cukup gah dan boleh berjuang dengan selesa sebab segalanya dah 'tinggi'.
CNY orang sibuk bercuti... aku dapat arahan tak boleh bercuti, alahai tak tergadai negara ni sekadar cuti 4 hari, sekarang ni zaman teknologi yang tiada sempadan, tetap boleh berkomunikasi dan sebagainya setakat nak dapat info dan laporan tu. Aku nak juga rasa bebas sehari dua dari rutin bangun pagi pergi kerja ... petang balik terkejar2 nak urus rumahtangga. Kau orang bukannya macam aku setiap hari punch card in punch card out. Bila kat ofis langsung tak da ruang nak buat urusan peribadi nanti dicop tak buat kerja. Boss kot ya nak cakap aku tak wat kerja tu pakai la otak tu. Kalau aku menjawabkan nanti kata aku kurang ajar atau..... Boss kau orang kalau ada hal anak sakit gigi dan tak boleh nak pergi sekolah pun boleh tinggal kerja yang dipertanggungjawabkan...walaupun hakikatnya kerja yang depan mata tu dah ada dateline tinggal hanya beberapa jam. Tu la orang cakap boss always right!!!
Kecewakan aku??? Hakikatnya segala-galanya yang negatif bermain dalam minda dan sanubari aku. Hanya aku saja yang memahaminya, untuk aku tafsirkan teramat 'KUSUT'.
Terganggu dengan masalah kerja, aku tak ada mood nak ambil gambar menu lauk pauk makan malam aku tadi. Dah la sepanjang jalan pulang tadi jammed teruk sampai rumah mood aku dah bercampur aduk... sabar je la. Dalam penat dan stress tu aku sedia menu malam ni pun agak ringkas, sup sayur campur, ayam masak bercelaru...he..he..he aku letak sos tomato, sos cili, kicap, sos tiram...kesudahannya ada pelbagai rasa yang menyelerakan. Tambah telur dadar letak mayonies semuanya habis kami makan. Alahamduillah rahmat dan hikmah dariNya. Catatan malam ini sekadar luahan untuk buang segala toksin stress, aku tak nak ditimpa penyakit berpunca dari stress bekerja.... cukup la toksin sedia ada belum berjaya dikumuhkah.!!!! Cukup la untuk malam ni sekurangnya tidur aku malam ni tidak terjaga dengan gangguan kerja. Selamat malam Negaraku!
No comments:
Post a Comment