Balik dari kerja tadi keluar beli barang keperluan pejabat, perjalanan balik rasa penat pulak nak masak kat rumah... badan pun dah terasa seram sejuk aura demam dah datang. Ajak je Mr Right singgah makan kat warung yang sempoi je tapi ramai juga yang lepak makan kat sini. Tepi jalan biasa la seronok je makan sambil tengok kereta lalu lalang. Warung ni menjual makanan bergoreng seperti nasi, mee, kuew teow etc. Dengan lori kecil segala kelengkapan diletak atas lori tu termasuk dapur memasak.
Peniaga ni tak perlu bina kedai .. dia warung bergerak, besok dia datang cuma pasang kerusi meja je. Tu la situasi orang nencari makan sekarang susah payah tak perlu nak cerita kat orang janji rajin berusaha dan kreatif.
Ok balik kepada menu makan kami order kueh teow goreng biasa dan char kueh teow. Rasanya boleh la diterima tambah pula makan panas2. Harganya pun cuma RM4 sepinggan, ada rencah udang, kerang & telur.
Char Kueh Teow...gambar ni kurang memuaskan dan nampak hitam sebab kat sini lampu kurang terang, guna camera HP tak begitu sharp. |
No comments:
Post a Comment