Sarapan di awal pagi amat digalakkan, macam aku ni perut memang kena makan pagi kalau tak rasa tak lengkap aktiviti tambah pula untuk mula kerja. Memang sudah termaktub dalam perjalanan hidup aku sarapan perkara wajib sejak aku mengalami gastrik teruk, sehingga aku hampir masuk wad. Nasib baik dapat doktor yang prihatin dan betul berkepakaran merawat aku. Memang doktor ni je tempat aku rujuk bila sakit sebab rekod aku dah hampir sebundle di klinik tu.
Pagi ni aku beli breakfast untuk rakan sekerja. Kalau ikutkan mereka tu datang lewat, tapi kalau aku tak beli kesian pulak ada yang tanya, eeemm dah jadi tanggungjawab aku membeli dan menyediakan makanan untuk staff meeting. Tak pa la sekurangnya ada juga pahala untuk aku... Biasanya aku la yang "food testing" sebab nak tunggu orang lain alamak sejuk la makanan ni. Memang sedap nasi lemak dan karipap panas ni, nasi lemak ni nampak kecil dan simple tapi menyengangkan ya la dengan harga RM1.50, karipap tu pun rangup dan inti kentang sedap, bagi aku memang murah 5 biji RM2. Kalau aku berniaga memang sah la tak jual dengan harga cam tu dah la sedap lepas tu proses nak klim karipap tu sah la sakit pinggang. Tapi bagi orang bisnes ni dia ada etika masing2 untuk untung. Mungkin juga dia mencari pahala dalam berniaga. Ok selamat memulakan tugas.!!!!
No comments:
Post a Comment