Pagi ni aku plan nak tukar langsir kat rumah, tiba-tiba je tit!tit!!!! notis whatsapp dalam hp dah berbunyi...eemm lebih kurang 15 minit juga aku biarkan, sebab aku nak selesaikan sarapan dulu. Sah la urusan kerja, 'besok semua comm team kl meeting 10 am'... aduhai spoi la cuti aku hari ni. Lagi penat besok sebab cafe tutup, tea lady cuti... sapa nak urus semua ni. Aku cuba call owner cafe nak tempah makanan...kecewa pekerjanya semua cuti, aku call katering eeemm sama juga tak boleh. Lagi satu kedai makan tempak aku selalu beli sarapan pun tutup. Lebih kurang 5 orang aku call semuanya tak boleh masak sebab pekerja cuti. Tu la Malaysia... melayu, cina, india etc beraya semua tutup, yang peliknya kaum cina beraya yang cuti lebih kaum lain. Kedai Cina hari ni dah buka, berniaga macam biasa.
Sambil urus aktiviti rumah otak aku dok fikir apa dan macam mana aku nak sedia makanan untuk comm teams meeting besok pagi. Tak pa la besok aku beli je kat kedai mamak... air tu aku buah je sendiri...atau pun letak je 3in1...pandai2 la kau orang handle. Masalah lain pulak...birthday salah seorang group meeting tu...kena la aku beli cake besok tak sempat kedai buka 10am. Mana aku ada masa nak keluar kalau dah masuk ofis, terpaksa la aku keluar beli petang ni. Mulanya aku nak buat2 lupa je...namun apa pula kata birthday man tu... orang lain ada cake... entah la aku ni semuanya fikir nak haga hati orang yang penatnya aku.
Aku redah je beli kat kedai Kings cake, malas aku nak ke kedai secret resipi.. jauh sikit dari rumah aku. Ala apa aku kisah janji ada je kek tu...kalau sedap habis... Bila dah keluar membeli.. banyak la pula yang nak beli... tu yang bertambah letih. Masa dok membeli belah, call dari salah seorang comm team... katanya dia tak boleh hadir sebab ada urusan di Singpore... dia minta aku present agenda dia besom kat dato... uuuhh lemah betul bila orang main sedap je hulu kerja... aku ya je la. Tambah la penat@letih. Sabor je la. Begitu la citerku sepanjang hari ni.!!!
No comments:
Post a Comment