Makan kuih seri muka pagi ni harap berseri la muka, jangan muka macam letih dan mengantuk pulak...ha..ha.. pagi ni breakfast ada kuih ni, memang sedap lemak manis...pulut tau je la kalau dapat yang lembut bersantan mesti sedap. Harap tak mengantuk masa mesyuarat, bagi yang minat pulut ni mesti makan berketul2. Tapi ada yang cakap makan pulut ni boleh angin, macam-macam la ceritanya, bagi aku kalau dah suka tu makan je la, rezeki. Hari 2nd bos tanya tak ada karipap ke? aduhai kesian la pulak sebab aku tukar menu hari ni. Ingatkan kalau tiap2 kali meeting makan karipap mesti jemu...rupanya dia orang ni hantu karipap. Susah nak menepati selera orang ni... minggu depan je la bos saya beli karipap.!!! Hari ni makan je la seri muka, cucur badak, nasi lemak dan roti canai. Banyak kan menu hari ni... tu la specialnya hari ni kalau meeting dengan big bos.
No comments:
Post a Comment