Monday, June 12, 2017

Agar-Agar Pandan

Salam Nuzul Al Quran.

Seronoknya hari ini cuti...2 hari berehat kat rumah terasa cukup mendamaikan. Dapat la saya buat kerja2 rumah yang sebelum ini hanya dikerjakan ala kadar je. Dari dapur hingga ke bilik air dapat dipolish. Kepenatan dan kehausan!!! Terasa kering tekak sebab badan banyak mengeluarkan peluh...sedapnya kalau dapat makanan yang sejuk bila berbuka puasa nanti. Kebetulan ada agar2 cap burung layang2 sebungkus...boleh la masak agar2 yang ringkas je. Agar2 pandan bahan2 : agar2, santan, gula, air daun pandan dan telur. Orang cakap masak agar2 ni senang...tapi ada juga yang tak menjadi bila memasaknya...biasala ada terlebih air atau terlalu keras. Tapi saya masak kali ini hasilnya memuaskan sederhana kejadiannya. Masa atas dapur wangi bau air daun pandan...rasa tak sabar nak makan yang sejuk.

Terliur tak puan2 tengok agar2 pandan saya ni...waktu berbuka selepas makan kurma terus saya makan agar2 ini....eerrm nyaman dan sejuk membasahi tekak yang kehausan....itu la nikmat yang kita dapat seharian berpuasa.

Ini rupa bila saya keluarkan terus dari acuan...saya guna acuan/mangkuk size kecil supaya senang untuk dihidangkan sebiji setiap orang, tak perlu saya nak potong lagi.

Sunday, June 11, 2017

Kari Tulang Lembu

Ramadhan ke 16.

Alhamduillah, syukur kehadrat Allah swt, kerana aku masih lagi dikurnia kesihatan untukm mengerjakan ibadat di bulan mulia ini. Puasa kali ini menu berbuka akak ringkas...tidak seperti sebelum ini. Mungkin ada ketika nafsu untuk makan kita ditarik..bila selera agak berkurangan makan saya memasak pun ala kadar je...bersederhana itu adalah lebih baik. Petang ini berbuka saya masak kari tulang lembu, mulanya nak masak sup tak ada selera nak makan. Menu petang ini hanya kari tulang, tenggiri goreng dan goreng sayur campur. Saya tambah satu lagi sambal mangga...nak juga rasa pedas masam supaya ada selera nak makan nasi.

Pencuci mulut hanya betik dan tauhu sumbat. Tapi malam ini saya terpaksa selongkar peti ais selepas solat terawikh...sebabnya terasa haus, dapat cincau dan campur dengan susu untuk menghilangkan dahaga....dahaga mungkin makan kari ataupun cuaca kat luar tu panas?? Saya tak pernah berbuka minum ais...kegemaran saya hanya la teh O panas tanpa gula.  

Uuhhu mesti cakap hidangan yang banyak kolestrol...

Saturday, June 3, 2017

Ramadhan ke 8

Sabtu separuh hari kerja...hari ini balik kerja dapat rehat sebelum masuk dapur. Memikirkan menu untuk berbuka puasa petang nanti adakala tu memeningkan...keputusanya saya sediakan menu nasi kerabu. Lagipun kalau masak nasi kerabu memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Penyediaannya memang ambil masa...masak tumis dari santan kelapa, sambal kelapa goreng, ulam-ulaman, air lada, lauknya ikan goreng tepung dan ayam bakar serta telur masin.

Nasi kerabu biru.

Set untuk nasi kerabu..

Friday, June 2, 2017

Ramadhan ke 7

Pagi jumaat terbaca berita di FB ada kemalangan melibatkan pelajar tahifz di Kuala Krai Kelantan, amat menyedihkan. Petang saya terima whasapp dari anak saudara menyatakan salah seorang yang terlibat adalah anak kepada rakan baik ayahnya iaitu arwah abang saya, mengucap panjang dan saya terus menghubungi bertanya berita tentang anaknya, amat memilukan anaknya dalam icu. Saya hanya mampu berdoa semoga adik Syakir selamat. Amin.

Untuk berbuka petang ini saya masak sup sayur barkoli campur tafu...teramat la ringkas menu petang ini, kemudian goreng daging dan ikan tenggiri goreng bersambal. Itu saja menu berbuka petang ini, buah tembikai pencuci mulut. Kuih hari ni Mr Right beli karipap dan kuih bijan...entah kenapa dia membeli kuih hari ini...mungkin sekadar nak rasa kuih yang dijual diperkarangan rumah kedai berhampiran perumahan ini. Rasa kuih tu boleh la diterima...tapi untuk ulangi membelinya belum pasti sebab harganya.ya la harga barang sekarang ni semuanya mahal.

Sup sayur yang ringkas...saya masak 10 minit sebelum masuk waktu berbuka...dapat hidang yang segar dan makan yang panas.