Mulai hari ini ramai yang outstaiton..meninggalkan kotaraya... masing2 ada matlamat yang pergi bercuti balik kg, makan angin dan ada juga yang kena keluar bertugas. Macam2 urusan di musim cuti CYN ni, kenduri kahwin, bertunang, reunion sebagainya... tak mampu aku nak fikir urusan orang.. tak masuk dalam kotak fikiran aku sejak akhir2 ni. Minda aku penuh dengan tadbir kerja dan peribadi... penat aku nak ambil tau semua tu... tak dapat membangun kehidupan aku langsung. Kadang kala kita kena ada sikap pentingkan diri sendiri bila situasi terdesak!!
Kebisingan mercun di taman aku ni dah tak larat nak buat pekak!!! Ada bunyi macam meriam, bom, senapang, pistol entah la aku pun tak reti nak cakap jenis bunyi mercun tu yang nyata ianya bising dan bunyi yang kuat buat aku terkejut. Terfikir gak macam mana la orang yang mereka bunyi mercun ni... adakan dia pekak dan bisu atau dia pun buat pekak je bila buat ujikaji bunyi mercun ni. Aku kena tanya pak cik goggle bila free nanti, sekurangnya dapat juga ilmu untuk aku.
Berita kat media fokus kesesakan di jalan raya, kat media sosial seperti FB, tweeter, instargram etc masing2 dok post pasal jammed kononnya happening la kat akaun masing2 bila dapat war-warkan situasi semasa dan terkini... eeemm lantak kau orang la janji aku tenang kat rumah tak terlibat dengan jam. Biar la aku bosan sikit kat rumah ni janji makan, nak pi tandas, solat aku lengkap. Ada hikmah juga bos aku tak bagi keluar dari KL ni... kononnya ada urgent meeting dalam cuti ni. Semua staff diarah perintah berkurung tidak jauh dari perjalanan sehari. Ok la boss aku ni ikut la hukuman tu, janji aku tak tergolong dalam kategori lari dari tugas dan memiliki ilmu ghaib.
Bagi umat manusia yang menaiki kenderaan awam pun tergendala juga bila keretapi Tanah Melayu dari utara tergelincir dekat Bukit Mertajam... eeemm kononnya nak elak dari sesak jalan raya dan menyahut seruan kerajaan demi keselamatan.... kesudahannya semua terkantoi. Bagi yang nak cepat dah jadi lambat dan memenatkan, yang nak selamat pula dah tercedera kalau tak cedera anggota badan tercalar juga emosi. Macam-macam hal bila musim cuti panjang ni... maka disebalik itu jadilah macam aku yang hanya mengikut kata perintah berkurung... walaupun dalam hati meronta juga nak pergi bercuti. Eeemm esok aku plan nak buat apa agaknya kat rumah ... selain dari tunggu report kerja dalam talian. Harapnya tiada panggilan ke opis. Oppsss jangan fikir semua tu aku kena ambil peluang rehatkan minda.... jadilah seorang yang berjuang untuk diri sendiri demi kesihatan hidup...hahaha boleh gunapakai ke falsafah aku tu....suka hati la Citerku!!!
No comments:
Post a Comment