Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Thursday, March 8, 2018

Capati

Pertama kali masak capati...biasanya nak makan capati singgah je di kedai makan. Malam ini dinner kami capati cicah kari kambing hasil usaha masak sendiri. Saya buat capati ini guna tepung ata...tak pandai nak masak..tapi berusaha dengan merujuk kat internet je.

Entah la betul atau tak capati ni...macam lempeng je..tapi ianya sedap sebab guna tepung ata.



Jom la rasa capati kuah kari kambing...walaupun taraf capati macam lempeng sambutannya sungguh luar jangka...berkeping2 setiap orang makan.

Tuesday, March 6, 2018

Lamb Ribs

Malam ini kami dinner lamb ribs...lama tak makan daging kambing bahagian tulang rusuk...ya la biasa kami beli bahagian bahu je..lagipun ianya murah jika dibanding dengan ribs. Tapi hari ini belanja lebih sikit untuk dinner kami. Masak makanan macam ini saya cukup suka sebab masa yang diambil tak lama...ya la penat balik kerja nak berdiri lama kat dapur rasanya tak sanggup. Tapi makan western macam ini sekali sekala berselera..besok mesti ada yang minta nak makan nasi.


Size ribs ni agak kecil..maka kena la 3  potong setiiap orang..ribs ni dagingnya lembut dan sedap.

Ringas je menu malam ini...salad dan kentang goreng je saya kawankan dengan lamb ribs.

Bihun Goreng

Pagi ini masak bihun goreng untuk sarapan. Agak lama saya tidak kongsi makanan untuk sarapan...biasalah tak berkesempatan untuk tayang. Setiap pagi saya akan masak atau sediakan makanan untuk sarapan kami, macam biasa saya akan bawa bekal sarapan makan di tempat kerja. Pagi ini agak kurang sibuk di ofis jadi sempat la snap bekalan saya ... Bihun goreng singapore!!! 

Rencahnya bawang putih, halia, lada hitam, ikan bilis diblend dan tumis...saya guna ayam kisar dan udang segar campur karot, kobis dan potong cili padi...dah siap goreng tabur bawang goreng/daun bawang dan daun sup. Bagi yang suka telur mata boleh makan dengan bihun ini...cukup la untuk sarapan dan terus untuk lunch saya hari ini.



Thursday, February 22, 2018

Roti Jala

Malam ini kami dinner dengan hidangan roti jala cicah kuah kari kambing. Kari kambing malam tadi masih ada...maka jalan terbaik untuk habiskan kari tersebut kita ulang tayang menu itu..cuma berbeza sikit dari semalam. Kari semalaman sebenarnya lagi sedap dimakan sebab daging dan kuah dah 'mesra'. Jom la kita makan!!!

Roti jala berlipat...tak perlu buang masa nak menggulung, lagi cepat cara lipat...penat nak berdiri lama2,  balik dari kerja kalau boleh nak rehatkan badan.

Sedap..tu je yang mampu saya cakap!!

Wednesday, February 21, 2018

Kari Daging Kambing

Petang ini masak kari daging kambing untuk menu makan malam. Kalau ikutkan penat badan ni malas nak masak kari sebab masak daging kambing ni memerlukan masa agak lama. Tapi saya berusaha juga memasaknya sebab dah ketandusan tak tau nak masak menu apa. 

Ini la hasilnya!!! Daging kambing masak kari...tak sia2 saya masak memang sedap tau..dagingnya pun lembut. Boleh dikatakan lauk lain kami tak jamah...dapat kari kambing dan sayur kobis pun dah cukup...eeerrmm ala2 nasi kandar dinner malam ini.

Thursday, February 15, 2018

Pulut Pagi

Sekian lama tak makan pulut..puncanya bila makan pulut sejak dah berumur ni sakit badan....dulu tak ada sakit2 badan bila makan pulut. Sejak dari kecil kami dihidang pulut setiap pagi oleh arwah mek. Tanda2 penuaan!! banyak makanan saya alah sekarang. Tapi ada kala tu saya berdegil..tetap juga makan.

Masak pulut ni saya tidak kukus...dulu diajar kukus pulut tu dahulu kemudian digaul dengan air gula/nisan yang dimasak. Kali ini saya tanak pulut dalam periuk nasi letrik..sukatan air sedikit saja..pulut akan masak gaul/arun dengan air gula/nisan (pastikan air gula tidak terlalu cair supaya pulut tidak lembik). Bila pulut dan air gula dan sebati masukkan dalam periuk letrik dan masak sekejap sahaja....kalau nak kukus pun boleh sekadar 10 minit.
Pulut pagi...tapi saya tak semestinya makan waktu pagi...kelapa yang saya beli kurang menarik...kalau dapat kelapa putih dan muda lagi bertambah sedap bila dimakan dengan pulut.


Thursday, February 1, 2018

Nasi Dagang

Cuti Hari Wilayah.
Nyaman dan tenang fikiran bila tak perlu ke ofis...dan 2 hari juga tiada gangguan yang memenatkan otak. Pagi ini bangkit dengan syukur masih di anugerah kesihatan yang baik. Dalam fikiran pagi ini fikir nak masak untuk sarapan. Rasa nak makan nasi dagang kelatan stail...tengok dalam peti ais ikan tongkol tak ada...ala kecewanya. Tapi ada ikan jemuduk..eeemm apa kata masak je ikan tu...sedap atau tak kita fikir kemudian. 

Selesai je solat subuh...rendam beras nasi dagang campur biji halba hampir sejam dan kukus, penyediaan bahan2 untuk nasi dagang. Santan pekat + bawang merah, putih, halia dan serai dimayang + sedikit halba sebab dah letak dalam beras rendam + garam dan gula..kesemua tu dimasak hingga mendidih. Bila pulut siap dikukus boleh la arun atau gaul dalam nasi yang telah dikukus tadi. Kemudian kukus untuk kali ke 2...agak2 sekali wap naik je...sekadar untuk bagi nasi pulut dan santan meresap. 

Gulai ikan ini saya masak stail kelantan, bawang merah, lengkuas, halia, cili kering, kunyit diblend, campur dalam santan dan masak seperti biasa hingga santan mendidih masukkan ikan, asam keping dan garam gula...kalau ada cili segar letak sebiji untuk dapatkan aroma. 

Acar timun, karot, bawang holland, bawang merah dan sebiji cili segar...masukkan cuka, garam dan gula...bawang dan cili mayang ya!!!

Berjaya juga makan nasi dagang pagi ini...walaupun tanpa ikan aya/tongkol.

Wednesday, January 31, 2018

Spagheti Carbonara

Selamat berehat sempena cuti hari Thaipusam.
Hari aktiviti di rumah saja...biasa la ada je yang nak dikerjakan...dah menjadi ruti tak perlu nak cerita ya...setiap suri mesti dah faham tugasan.

Tengahari ini selera saya tidak ke arah nasi...  teringin nak makan spagheti carbonara. Tapi yang lain saya kena masak nasi juga..sebabnya pasta tak ada yang berminat. Tidak menjadi bebanan dan paksaan sebabnya selera masing...


Ini hidangan lunch saya hari ini...masak sendiri dan ikut je naluri selera nak  letak apa..saya ambil sayur karot dan sawi...letak sedikit chicken ball...sos carbonara prego dan saya letak sedikit chease untuk tambah kepekatan dan rasa lemak chease.

Kalau dah teringin nak makan..jemput semua!!!

Sunday, January 28, 2018

Tauhu Sumbat

Beberapa hari ini duty di dapur agak meleset, sebabnya selera untuk makan nasi agak kurang. Bila tanya penghuni rumah ni biasa la jawapannya...masak je la apa yang ada. Tapi kali ni saya hanya nak kongsi tauhu sumbat..nak tau kenapa? Tauhu ni sebenarnya tauhu lembut..bukannya tau yang keras tu. Asalnya dibeli nak masak stim tetapi bila dah ada lebih...kena fikirkan sesuatu supaya tidak membazir. 

Kejadiannya adalah tauhu sumbat...saya goreng sekejap tauhu tersebut, kemudian angkat dan tauhu tersebut dicelup dalam telur dan digoreng lagi...goreng minyak sedikit...seperti goreng roti celup telur. Hasilnya tauhu tersebut agak keras bila bersalut telur...maka belah atau potong tauhu untuk disumbat bahan2 sayur seperti timun, karot dan sengkuang. 

Ini hidangan untuk orang yang minat tauhu sumbat...saya kalau sepotong dah cukup...sebabnya ia tidak termasuk dalam senarai makanan kegemaran.

Sunday, November 19, 2017

Pajeri Nenas

Petang ini masak pajeri nenas campur sotong...pertama kali saya masak pajeri nenas ni dgn sotong segar...sebelum ini campur udang. Memandangkan udang tak ada...sotong jadi mangsa lauk kami malam ini. Sedap tau!!! kena pula dengan ikan goreng dan ulam. Rasa nak bertambah makan nasi malam ini.

ADa yang terliur tak?? Saya hanya makan nenas dan kuahnya je...biasa la seafood ni cemburu dengan saya...kesian kan orang yang alahan dengan makanan macam ini....tak tau la ni saya makan kuah kot2 ada bunga2 gatal lepas ini.

Sesiapa yang minat sotong mesti selera makan sebab sotong yang kami beli kali ini bertelur.

Thursday, November 16, 2017

Chicken Roast

Sekali sekala elak makan nasi...ya la dah tak tau nak makan lauk apa dengan nasi. Maka saya masak ayam panggang...kita makan lauk saja!! Tapi sampingan tu banyak juga ada kentang dan salad. Penyediaan menu ni tidak mengambil masa yang lama di dapur...dan kena makan yang masih panas.

Kalau dah penuh pinggan macam ni mesti kekenyangan la!

Ini hidangan kami malam ini.

Sunday, November 12, 2017

Nasi Kerabu di hari minggu

Pagi minggu agak kerajinan sebab tiba2 selera nak sarapan yang berat. Kalau ikutkan masa di bercuti di kampung setiap hari sarapan nasi kerabu. Balik KL dan seminggu ulang balik menu ini. Tak apa yang nak cerita tentang menu ini...kita makan je ya!!



Wednesday, August 23, 2017

Tortila Wrap

Pagi ini saya sediakan tortila wrap untuk sarapan. Agaknya apa puan2 sarapan pagi ini. Saya kekadang tu bingung nak cari menu untuk sarapan pagi...asyik ulang menu yang sama je. Pagi ni cadangan nak keluar rumah awal untuk ke ofis jadi saya masak yang senang je untuk Mr Right. Dia wajib sarapan setiap hari sebabnya rutin ambil ubat jantung dah ditetapkan...sebelum ambil ubat kena la makan walaupun sedikit. Setiap pagi saya blend jus buah dan sediakan makanan untuknya...dah setahun setengah dia buat engiogram dan mulai dari itu tak boleh tinggal ubat jantung.

Ini rupa tortila brand massimo yang saya guna...intinya saya potong isi ayam nipis2, masak dengan bawang putih + bawang holland + telur dimasak hancur. Masa nak wrap tu letak bahan tersebut + mayonies + thousand island sos + hirisan tomato + timun jepun dan salad...saya tak letak garam sebab mayonies dah masin.
3 Potong tortila wrap untuk bekal saya...kononnya untuk sarapan di ofis...kesudahannya jadi makanan tengahari sebab tak sempat nak makan pagi.



Tuesday, August 22, 2017

Bihun Goreng Rasa Tomyam

Sarapan pagi ini masak bihun goreng. Setiap pagi asyik makan roti je...hari ni makan berat ya😙. Saya goreng bihun sekadar ketuk bawang putih dan sedikit halia....tumis kekuningan, masukan rencah daging yang dipotong halus, udang dan fish ball serta rencah tomyam sukatan rencah ni agak2 ada rasa la ya...saya letak 2 sudu besar...kalau guna rencah tomyam yang kiub 2 ketul....tu bergantuang pada jumlah bihun ya...saya masa separuh bungkus bihun. Kemudian letak kicap tak letak pun tak pa...rasa rencah tomyam dah sedap!! dan rasakan dengan garam gula...sayur?? Saya cuma letak karot je...kalau suka pedas letak cili padi ya! Tu je resipi bihun saya untuk sarapan pagi ini. Sekurangnya ada kelainan masak bihun pagi ini.. 

Ini bekal saya bawa ke tempat kerja...bihun goreng rasa tomyam...kenyang hingga ke petang 😄




Ayam Panggang

Petang semalam masak ayam panggang untuk makan malam...adakala tu tak ada selera nak makan nasi...nak masak lauk pun tak ada idea. Ayam panggang ni hanya perap 1 jam je sebab sampai rumah jam 6 lebih..pukul 7 mlm saya mula panggang yang ambil masa setengah jam....pukul 8 mlm kami dah siap makan...rutin setiap hari macam ini la bagi yang berkerja dan kena masak untuk makan malam...sebab tak semua orang suka makan kat luar...sekali sekala tu boleh la cari makan di luar untuk tukar selera.

Ayam panggang + mash potato + segala sayur yang ada dalam peti ais....ayam ini dimakan dengan sos lada hitam. Sos lada hitam yg dah siap dlm botol tu saya olah semula...maksud saya masak semua dengan bahan2 sot tumis bawang putih dan bawang holland yang dicincang...masukkan sos lada hitam, air biasa, sedikit sos tiram dan kalau ada cendawan butang boleh letak....itu je...masak hingga pekat atau pun letak sedikit tepung jagung.

Cukup la hidangan ini untuk mengalas perut sebelum tidur...

Wednesday, August 16, 2017

Sambal Ikan Bilis dan Sambal Pauh Muda

Petang ini seperti biasa sampai je rumah terus masuk dapur...masak untuk makan malam kami. Menu malam ini bayam masak lemak putih, ikan goreng, sambal ikan bilis petai dan sambal buah pauh muda. Kat sini saya pilihan menu untuk saya hanya sambal pau dan ikan goreng. Menu sambal ikan bilis petai untuk penghuni rumah yang tak minat sambal pauh. Saya buat sambal pauh ni sebab petua untuk hilangkan rasa sakit kepala...orang lain tak minat sebab masam. Agaknya sambal yang mana pilihan puan2?

Bahan2 dan cara2 menyediakannya : Buah pauh muda dicincang, cili padi, bawang merah dibakar dan ikan masin yang telah digoreng (3 ekor size kecil). Tumbuk cili padi + ikan masin + bawang bakar hibgga lumat kemudian tumbuk mangga yang telah dicincang ... tumbuk mangga tu agak2 sedikit hancur je sebab bila makan terasa masam bila gigit mangga tu...eerrmm sedap dan rasa hilang sakit kepala dapat makan pedas masam...saya tak letak garam sebab ikan masih tu dah cukup masin. 

Sayur lemak bayam...masak simple je...


Sambal ikan bilis petai ni saya masak kering...adakala tu kena tukar cara memasak tujuannya nak tengok reaksi orang yang makan...komen atau tak...tapi bagi yang minat sambal macam ini mesti makan tanpa terkata!

Tuesday, August 15, 2017

Mee + Kueh Teow Goreng

Sarapan pagi selasa...saya masa mee goreng dan campur dengan kueh teow...hari ini ponteng kerja sebab tak sihat, balik dari kerja petang semalam sakit kepala hingga ke pagi...telan ubat pun masam tak ada kesan. Apa agaknya penyakit saya ni..check tekanan darah tak tinggi. Bila saya ingat balik mungkin kena hujan..saya memang alah dengan air hujan, mesti sakit kepala dan demam. Maka dapat la berehat di rumah hari ni...uuhhu mood kerja pun agak 'down' sekarang...entah la rasa malas dan bosan nak ke tempat kerja. 

Masak untuk sarapan agak berat sebab nak habiskan stok mee dan kueh teow dah beberapa hari tersimpan dalam peti ais. Harapnya bila dah sarapan dan ambil ubat boleh la saya rehat...tapi tak boleh ada je gangguan hp pasal urusan di ofis...tu la dia jangan nak ambil emergency leave!!

Ini sarapan kami pagi selasa.

Sunday, August 13, 2017

Petai di Sebalik Udang

Hari ni walaupun hari minggu...makan tengahari agak lewat sebabnya balik dari kelas mengaji santai2 sekejap...lagipun pagi sarapan nasi kerabu....eerrm biasa la bila makan makan yang beli agak susah menepati selera...ada je yang kurangnya...nak juga makan nasi tengahari ini. Mr Right suruh masak lemak ketam..lepas tu sebut pula sambal udang dengan petai...ya la hari ini ada masa boleh la saya masak. Tapi kena ingat tu semua kolestrol tau...sekali sekala boleh la ya!!!

A
Menu ada petai di sebalik udang.. uuhuu bukannya ada kolestrol didalam udang. Apapun makanan kalau dah sedap kita tolak tepi masalah keburukannya...ini rezeki makan je la.

Agak kecewa ketam hanya ada yang size kecil...tapi walaupun size kecil isinya padat. Ketam masak lemak saya campur nenas...untuk kurang sikit kolestrol bila makan ketam tu. Memang kena selera hari ini ada masak lemak ketam dan sambal udang...Alhamduillah

Saturday, August 12, 2017

Mee + Kueh Teow Sup

Petang ini masak sup je la..nak masak nasi tak ada idea nak masak lauk...eerrm punya la banyak resipi boleh dimasak... tu la namanya alasan orang malas. Sekali sekala makan yang ringkas bagus juga..kurang sikit kandungan karbohidrat.

Saya masak sup kambing untuk di makan dengan mee + kueh teow, teramat la ringkas makanan kami hari ini.

Rencahnya sekadar daging kambing & fish ball...sedap juga walaupun seringkas ini. Nama menu ini sup orang malas.

Wednesday, August 9, 2017

Nasi Goreng

Makan malam sekadar nasi goreng je...ini je yang mampu masak sebab sampai rumah dah jam 7 ptg. Sekarang ni bila hari bekerja saya cuba kejar masa untuk ada waktu berehat dari melakukan kerja2 rumah seperti memasak dan kemas rumah kecuali hari cuti. Bila usia begini saya cuba ubah jadual kehidupan...masa untuk bekerja ofis memang tak boleh nak ubah dah termaktub kena kerja ikut undang2 pejabat. Bila rumah saya bahagikan masa untuk rehatkan badan mulai jam 8 malam...solat dan mengaji...pukul 10 mlm dah nak rehatkan badan...sekarang umur dah meningkat kesihatan perlu diutamakan...perlu cukup tidur. Untuk hari ini saya cari menu yang cepat siap sebab saya penat untuk berdiri lama2 di dapur...uhuhuh nasi goreng cukup la ya...besok lusa kalau saya sampai rumah awal saya masak menu lain. 

Nasi goreng dan hirisan kambing bakar...macam ini pun sudah cukup kenyang...hanya ambil masa setengah jam je...sebab stok nasi semalam masih ada...jadi senang dan cepat kerja saya masak nasi goreng. Kambing panggang tu saya ada simpan yang frozen jadi panaskan je.