Thursday, December 30, 2010

Diari 2010

Tahun 2010 sudah makin ke penghujungnya... tinggal berberapa jam+++  lagi maka bermula la diari 2011... perasaan tu sukar untuk digambarkan...bila mengenangkan 2010 bakal ditinggalkan terharu & penuh kesyukuran sekali, kejayaan paling gembira tahun ini ialah aku dapat mengubah suasana hidup yang sudah lama aku inginkan. Ianya akan menjadi sejarah@memori suka dan duka yang tetap aku kenang dalam setiap perjalanan kehidupan akan datang. Benar la kata orang sekiranya sesuatu itu bermula dengan yang baik maka pengakhirannya dengan yang baik juga...tetapi kita kena juga beringat dalam mengharungi ke penghujung perantaraanya ada juga cabaran dan rintangan...


Januari  : Sambut Tahun Baru di Bandung
Februari: Persiapan rumah baru dan urusan perkhawinan adik
Mac: Majlis perkhawinan adik
April: Pindah ke rumah baru milik sendiri yang sekian lama aku impikan...
Mei:..............
Jun:..............
Julai:............
Ogos:..........
September:..........
Oktober:.............
November:..........
Disember:........... alahamduillah

sambung diari 2011

Dengan penuh kesyukuran ... 2011 diari baru pula sudah tersedia untuk dicatitkan setiap langkaran kehidupan ini...doa dan harapan aku dengan penuh ketulusan semoga 2011 dilimpahi kebahagian & ketenangan serta dipermudahkan segala urusan di setiap perjalanan. Inssyallah.

Wednesday, December 29, 2010

Sakit Tekak-Demam-Selsema

Penyakit ni kalau nak datang sekejap je... dah 3 hari aku diserang demam selsema ni...adoiii bagi yang memandang tu rasa ringan penyakit ni...tapi aku yang mengalami ni sakit seluruh badan... kategori sakit tekak dan badan sejuk panas ni memang la menyiksakan...bila dah hilang rasa panas badan...hidung pun mula la.... kalau dok kat ofis ni rasa segan pulak asyik nak bersin dan berhingus je...huuhhhuu..minta maaf la ya kawan2. Sabar je la mungkin ni dugaan penutup tahun 2010 kat aku.... untuk hilang dosa2 yang ada ni....

Hamburger
Dah 2 hari sejak kena selsema ni makan pun merapu je...semalam makan hamburger kat Wendy's restorant, ari ni pulak dah kunjung Subway restorant... kat sini quality makanan memang sedap dan puas hati bila makan... roti boleh pilih... pilihan aku  honey bread + Turkey ham + turkey breast + Salad + Tomato etc... dan sos pula macam2 boleh pilih... itu la keistimewaan menu kat Subway memang penuh 'kesegaran'. Dapat roti yang 6 in tu cukup la untuk lunch tambah pulak dalam suasana selsema ni makan tu je yang boleh diterima....

Tuesday, December 28, 2010

6 cancer-fighting superfoods

By Leslie Barrie

To reduce your risk of cancer, look no further than your fridge. "All the studies on cancer and nutrition point to eating plant-based foods for their phytonutrients and other special compounds," says Richard Béliveau, PhD, chair in the prevention and treatment of cancer at the University of Québec at Montreal and author of Foods to Fight Cancer.

Aim for five to nine daily servings of all kinds of fruits and vegetables—especially these six superstars.

Broccoli
All cruciferous veggies (think cauliflower, cabbage, kale) contain cancer-fighting properties, but broccoli is the only one with a sizable amount of sulforaphane, a particularly potent compound that boosts the body's protective enzymes and flushes out cancer-causing chemicals, says Jed Fahey, ScD. A recent University of Michigan study on mice found that sulforaphane also targets cancer stem cells—those that aid in tumor growth.

Helps fight: breast, liver, lung, prostate, skin, stomach, and bladder cancers

Your Rx: The more broccoli, the better, research suggests—so add it wherever you can, from salads to omelets to the top of your pizza.

Health.com: 13 easy pizza recipes

Berries
All berries are packed with cancer-fighting phytonutrients. But black raspberries, in particular, contain very high concentrations of phytochemicals called anthocyanins, which slow down the growth of premalignant cells and keep new blood vessels from forming (and potentially feeding a cancerous tumor), according to Gary D. Stoner, PhD, a professor of internal medicine at The Ohio State University College of Medicine.

Helps fight: colon, esophageal, oral, and skin cancers

Your Rx: Stoner uses a concentrated berry powder in his studies but says a half-cup serving of berries a day may help your health, too.

Health.com: Go wild for berries!

Tomatoes
This juicy fruit is the best dietary source of lycopene, a carotenoid that gives tomatoes their red hue, Béliveau says. And that's good news, because lycopene was found to stop endometrial cancer cell growth in a study in Nutrition and Cancer. Endometrial cancer causes nearly 8,000 deaths a year.

Helps fight: endometrial, lung, prostate, and stomach cancers

Your Rx: The biggest benefits come from cooked tomatoes (think pasta sauce!), since the heating process increases the amount of lycopene your body is able to absorb.

Health.com: 10 tasty tomato recipes


Walnuts
Their phytosterols (cholesterol-like molecules found in plants) have been shown to block estrogen receptors in breast cancer cells, possibly slowing the cells' growth, says Elaine Hardman, PhD, associate professor at Marshall University School of Medicine in Huntington, West Virginia.

Helps fight: breast and prostate cancers

Your Rx: Munching on an ounce of walnuts a day may yield the best benefits, Hardman's research found.

Health.com: 8 super nuts

Garlic
Phytochemicals in garlic have been found to halt the formation of nitrosamines, carcinogens formed in the stomach (and in the intestines, in certain conditions) when you consume nitrates, a common food preservative, Béliveau says. In fact, the Iowa Women's Health Study found that women with the highest amounts of garlic in their diets had a 50 percent lower risk of certain colon cancers than women who ate the least.

Helps fight: breast, colon, esophageal, and stomach cancers

Your Rx: Chop a clove of fresh, crushed garlic (crushing helps release beneficial enzymes), and sprinkle it into that lycopene-rich tomato sauce while it simmers.

Health.com: Surprising health benefits of garlic

Beans
A study out of Michigan State University found that black and navy beans significantly reduced colon cancer incidence in rats, in part because a diet rich in the legumes increased levels of the fatty acid butyrate, which in high concentrations has protective effects against cancer growth. Another study, in the journal Crop Science, found dried beans particularly effective in preventing breast cancer in rats.

Helps fight: breast and colon cancers

Your Rx: Add a serving—a half-cup—of legumes a few times a week (either from a can or dry beans that've been soaked and cooked) to your usual rotation of greens or other veggies.

Thursday, December 16, 2010

Vertigo

13.12.10 petang tu tiba-tiba je rasa sekeliling aku berputar/berpusing-pusing...masa tu aku kat rumah dok siap makanan nak berbuka puasa... masa terkena tu aku terus baring dan pejam mata... dalam masa 10-15 minit gak aku pejam je mata, terasa rumah dan sekeliling aku berpusing-pusing... ya Allah kenapa ni tiba-tiba je aku kena serangan pening...dalam kepala aku masa tu cuma fikir sebab perut aku kosong sebab hari tu aku berpuasa... dalam hati aku berkata Inssyallah lepas berbuka nanti ok la tu. Selepas berbuka tu aku masih terasa macam terasa terhuyung hayang bila berjalan dan perut pula rasa mual... kenapa ni silap makan ke masa berbuka ni? aku ke dapur cari makanan yang boleh hilangkan rasa mual...aku ambil sedikit air asam jawa...tapi masih lagi terasa pening dan mual... ok la releks dan tidur... besok pagi-pagi bila nak bangkit dari tidur dan aku cuba pusing kanan ke kiri terasa kepala ni macam berputar...adoi kenapa ni masih belum hilang sakit dari semalam... tapi aku kuatkan badan cuba bangun perlahan-lahan ke bilik air...mungkin kepala aku panas kot sebab tu rasa pening... bila dah mandi mungkin akan hilang la sakit ni aku berbisik sendirian... tiba-tiba masa solat subuh sujud terakhir tu aku dah kena serangan 'berputar' sekitar aku...aku cuba diam sekejap atas sejadah...tapi tak hilang gak...5 minit lepas tu aku cuba bangkit dengan mata pejam tapi aku tak mampu nak berjalan sebab aku tak boleh nak imbangi badan...maka seharian la aku dok rumah releks dan baring je... serangan ni akan datang bila aku melakukan pergerakan yang secara tiba-tiba dan pantas... lepas tu pergerakan mata pulak tak boleh nak pandang atau pusing dengan tiba-tiba...nanti silap je akan terkena balik pening dan sekeliling akan berputar...

Pengalaman kena serangan macam ni pada mulanya aku buat tafsiran sendiri, kononnya sebab aku berpuasa dan perut kosong atau pun kena tekanan darah rendah...

Setelah pi klinik jumpa doktor... apa yang aku alami tu diistilahkan serangan Vertigo asalnya dari bahasa Yunani atau pun bermaksud berputar/berpusing... http://en.wikipedia.org/wiki/Vertigohttp://id.wikipedia.org/wiki/Vertigo 

Bagi yang pernah kena serangan ni mungkin tau macam mana situasinya, begitu juga dengan aku... gerun dan fobia tu masih ada... contohnya bila nak melakukan pergerakan badan seperti menoleh atau mengalih pandangan ke sesuatu arah aku akan melakukan dengan hati-hati dan secara perlahan... takut tersilap 'balancing' dan terjatuh lagi parah... terapinya bila terkena vertigo ni kita kena releks, pejam mata kalau boleh baring....cuba kosong dan tenangkan fikiran... jangan melakukan pergerakan badan dalam situasi begini untuk seketika. Insyallah akan pulih dalam masa 10-15 minit.

Monday, December 13, 2010

Makanan Kecantikan Kulit

Ikan Salmon
Lima makanan yang dapat membantu anda mendapatkan kuit sihat dan cantik.Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, penggunaan produk rawatan dan penjagaan kulit saja tidak membantu tanpa ditunjangi makanan sihat yang 'bersahabat' dengan kulit. Berikut adalah lima jenis makanan yang baik untuk kulit.


IKAN: Ikan berlemak seperti salmon, talapia dan kod sanat kaya dengan lemak Omega 3. Oleh sebab tubuh kita tidak boleh menghasilkan lemak Omega 3 yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan tidak mudah keradangan, pastikan anda mengambil ikan yang mengandungi khasiat itu sebagai alternatif. Kajian ilmiah membuktikan lemak Omega 3 ada memperkuat kulit, terutama bagi mereka yang menderita penyakit kronik seperti dermatitis. Selain itu, sejumlah ikan (kod dan salmon) kaya dengan vitamin D yang penting untuk tulang.
Brokoli




BROKOLI : Sayuran ini kaya vitamin A dan C. Kandungan vitamin A menurunkan pengeluaran minyak, manakala vitamin C adalah antioksidan. Jadi sesekali jangan lupa mengambil sayuran ini untuk mendapat kulit yang sihat.
 
TEH HIJAU : Teh ini mudah didapati di mana-mana dengan harga yang tidak terlalu mahal. Anda boleh meminumnya rutin setiap hari kerana teh kaya antioksidan yang berguna untuk kesihatan kulit. Minumlah sekurang-kurangnya tiga cawan teh hijau setiap hari untuk memerangi penuaan diri dan keradangan kulit. Kajian dibuat, menegakan bahawa antioksidan teh hijau dapat mengurangi risiko barah kulit. Jadi nyahkan soda dan mulai minuman yang bersahabat dengan kulit.



MINYAK BIJI BUNGA MATAHARI : Lemak Omega 6 yangada pada minyak biji bunga matahari juga penting bagi kesihatan kulit. Seperti halnya lemak Omega 3, lemak Omega 6 juga mencegah kekeringan kulit dan keradangan. Ia juga penting untuk pembentukan hormon yang mempertahankan semua sel tubuh bekerja dengan baik.







BADAM : Badam tidak boleh dilupakan untuk meningkatkan vitamin E di dalam tubuh, yang juga antioksidan penting untuk kesihatan kulit. Kajian menunjukkan mengambil vitamin E secara oral dapat meningkatkan kadar kelembapan vitamin itu di permukaan kulit. Ini juga akhbar baik buat anda yang cenderung mempunyai kulit kering. 

Friday, December 10, 2010

Mutiara Doa

DOA untuk menghilangkan rasa marah

"Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk: Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku", dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk".

DOA ketika menghadapi kesusahan tidur
"Tiada Tuhan kecuali hanya Engkau, Maha Suci Engkau; Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri".


DOA memohon taubat
"Wahai Tuhanku, maafkanlah aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan mempunyai Kemuliaan".

DOA ketika mengambil wuduk
"Tuhanku, ampunilah segala dosaku, luaskanlah (lapangkanlah) rumah tanggaku dan berkatilah untukku rezekiku".

DOA mohon perlindungan daripada penyakit berat
"Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit berat". (Riwayat Abu Daud)

DOA memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau".

DOA anak untuk ibu bapa
"Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

DOA apabila melihat orang mendapat bencana
"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang".

CARA berdoa yang dituntut:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
2. Memohon dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Makanan, minuman serta pakaian mesti dari harta yang halal.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturahim dan tidak sesekali memohon agar doa itu segera dimakbulkan.
5. Memperbanyakkan menyebut asmaul husna yang dimulai dengan taubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah dan sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

SEBAB doa tidak dimakbulkan
1) Terasa sesuatu yang menakutkan.
2) Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat).
3) Terasa menggeletar ketika berdoa.

DOA yang selalu dimakbulkan Allah adalah doa orang yang dalam keadaan berikut:
1) Orang yang terdesak,
2) Orang yang kena zalim,
3) Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya serta doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim.

Wednesday, December 8, 2010

Breakfast Sandwic

Pagi ni breakfast aku sandwic roti wholemeal+ daging cincang dimasak dengan sos tomato+bawang ..ala-ala kuah spagheti blogenes) + salad + keju cheedar dan semug nescafe mild+susu anlene. Memang heavy jugak la sandwic ni kalau makan till tengahari tak perlu makan... kebisaannya kalau aku breakfast berat ... maka tak ada la lunch boleh la diet sikit...uuuhhh.... setiap makanan yang kita makan tu ada nama... dan setiap nama tu sudah pasti ada asal usulnya siapa yang memberi nama dan tentu ada sebab musababnya ...citer pasal sandwic ni asal usulnya...

"sandwic diambil sempena gelaran Earl of Sandwich diguna pakai seorang lelaki Inggeris, John Monague (1718-1792) yang amat suka memakan potongan daging yang diapit dengan roti". 

Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharam @ Maal Hijrah 1432

1 Muharam 1432H tahun baru dalam kalendar Islam, bermulanya tahun baru ni aku dengan penuh kesyukuran memanjatkan doa kerana masih dipanjangkan umur untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di muka bumi ini.

"Ya Allah ya Tuhan kami, melangkahnya usia kami di tahun baru ini, dengan memanjat doa ke hadratMu penuh keinsafan..., ampuni dosa kami, dosa kedua ibubapa kami juga ahli keluarga kami. Berkatilah usaha kami, rahmati kehidupan kami dan lindungi kami dengan ikhsanMu dari segala seteru juga bencana. Kurniakan kami ilmu dan akhlak yang mulia dan lepaskan kami dari belenggu malas dan putus asa. Sembuhi kami dari penyakit, hindari kami dari wabak dan petaka. Kurniakan kami hati yang bersandarkan Nur Mu yang telus dan mulia. Aman, tenang dan saling menyayangi sesama kami tanpa iri dan menyakiti. PadaMu jualah tempat kami tanpa iri dan menyakiti. PadaMu jualah tempat kami mengadu dan berserah diri. Amin...YRB. Salawat dan salam buat Rasul serta sahabat juga keluarganya".

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah '1Malaysia, 1Ummah' 

Monday, December 6, 2010

WARNA TERANG SAYUR & BUAH: Pengaruhi Kesihatan

Sebagai menambahkan pengetahuan, warna pada tumbuhan adalah terhasil daripada fitokimia. Ia bukan saja membuatkannya kelihatan sedap apabila dipandang, tetapi juga membekalkan khasiat yang penting kepada kesihatan seseorang.

Oleh itu kita perlu bijak memilih sayuran dan buah yang berwarna terang ini untuk dihidangkan kepada keluarga kerana menerusi amalan memakan sayuran jenis ini boleh menjadi perisai yang baik kepada tubuh daripada serangan penyakit merbahaya.

Bagi kalangan selebriti di Barat yang sangat mementingkan diet sihat mereka lebih cenderung memilih sayuran yang berwarna terang sama ada yang berwarna merah, jingga ungu dan kuning kerana faktor nutrien yang terkandung di dalamnya.

Jika kita lihat warna merah pada sebiji tomato adalah disebabkan kandungan lycopene atau karotenoid di dalamnya, di mana kandungan lycopene didapati semakin bertambah banyak ketika buah itu matang. Kajian juga mendapati sebiji tomato merah mengandungi kadar lycopene yang lebih tinggi berbanding sebiji tomato berwarna kuning.

Lycopene bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap radika bebas dan membaiki sel badan yang rosak dan menyahkan toksin yang menyebabkan penghasilan sel barah.

Antara sayuran dan buah yang berwarna adalah tomato, tembikai, lada merah, lada benggala, labu, lobak merah, limau pomelo merah jambu dan merah.

Beta karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan sayuran atau buah itu berwarna jingga seperti lobak merah.

Secara semula jadi tubuh akan menukar beta karotene kepada vitamin A jika diperlukan. Pada masa sama beta karotene bertindak sebagai ejen anti oksida yang melindungi tubuh dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, memperlahankan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak.

Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga. Sebagai contoh, labu adalah sumber vitamin B6 yang baik, selain sayur-sayuran hijau seperti bayam merah juga banyak mengandungi beta karotene.

Sementara itu, kumpulan sayuran atau buah yang berwarna jingga kuning pula mengandungi betacrytoxanthin yang diklasifikasi secara kimia sebagai xanthophylls iaitu kandungan ejen anti kanser dan mampu mempertingkatkan fungsi jantung.

Beta-crytoxanthin membekalkan aktiviti anti oksida dalam tubuh. Nanas, oren, betik, jagung manis, nectarines, buah limau nipis dan peach tergolong dalam kumpulan makanan jingga kuning. Bromelin dalam nanas dan papain di dalam betik adalah enzim proteolitik yang mampu membantu meningkatkan fungsi penghadaman tubuh badan kita. Pisang pula membekalkan Vitamin B6 yang mampu mengawal hormon.

Pengambilan yang banyak buahan dan sayuran yang kaya dengan lutien dan zeaxanthin dalam diet sehairan iaitu buah dan sayuran yang tergolong menganduingi pigmen kuning pekat dan atau sayuran berdaun hijau tua mampu mengurangkan risiko penyakit kemerosotan macula dalam retina mata akibat peningkatan usia.

Antaranya seperti bayam, avocado, kacang hijau, kale, kubis, collard greens dan mustard greens adalah dari kumpulan makanan hijau kuning.

Bagi kumpulan sayuran hijau didapati mengadungi glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates dan indoles yang ada peranannya masing-masing kepada kesihatan yang baik.

Sulforaphane dalam tumbuhan bersifat anti karsinogenik (anti kanser), manakala sulforaphane dan isothiocyanates adalah ejen anti oksida dan merancang pengeluaran enzim penyah toksin asli yang munjarab kepada tubuh. Indoles pula mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser.

Iaitu seperti brokoli, kubis Brussels. Bok Choy, kubis bunga dan kubis adalah ahli kumpulan hijau. Kebanyakan sayuran cruciferous (tergolong dalam keluarga sayur kubis) berperanan mengurangkan risiko kanser.

Umpamanya brokoli sumber yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, beta-karrotene dan asid folik yang sangat baik yang sangat baik. Kubis juga tidak mengandungi kolesterol, berkalori rendah dan sumber vitamin C yang bagus. Kubis bunga pembekal float yang baik.

Bawang putih, bawang merah dan kucai tergolong dalam kumpulan makanan putih dan berbau tajam. Ia mengandungi allyl sulfides yang juga ejen anti tumor, selain mampu mengurangkan kolestrol tidak baik dan tekanan dalam darah.

Dikatakan kumpulan makanan berwarna ungu sama ada buahan, sayuran atau bunganya berwarna merah, ungu dan biru ungu mengandungi anthicyanin: iaitu ejen anti oksida terbaik. Pigmennya mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hinggalah ke biru.

Ia mampu melindungi badan dari kerosakan osdatif yang menyebabkan penyakit jantung, kanser dan penuaan. Anggur ungu, beri biru, beri hitam, rasberi, kranberi, plum, buah prun, kismis, buah terung, blackcurrant dan kubis ungu tergolong dalam kumpulan makanan ungu.

Sumber: Metro

Friday, December 3, 2010

Apam Balik Pulut Hitam

Ni nak citer pasal apam balik berintikan pulut hitam + jagung + kelapa dan sudah pastinya ada gula... uuuuhhh tanpa ragu2 aku rekmen memang sedap sebab aku dah beli semalam kat pasar malam... masa aku nak beli tu tak perasan pulak tu apam balik pulut hitam...aku biasa beli apam balik cuma ada satu jenis je yang ada jagung+kacang+gula ... tapi adik yang kat kedai tu cakap 'ni apam balik pulut hitam' mula2 tu aku terfikir gak apa la rasanya apam ni... sebab first time aku ni nak cuba lagipun setahu aku pulut hitam cuma orang masak bubur, tapai pulut hitam, inti kuih koci..... aku tanya adik tu boleh tak beli separuh sebab bagi aku size apam balik tu besar untuk aku makan seorang...sure tak habis... tapi dia orang tak jual separuh... aku pun tak kisah la lagipun bukannya mahal cuma RM2.70 sebiji... uuuhh sampai je rumah first aku buka bungkusan apam balik tu... emmm memang sedap!!! ada rasa lemak manis... tak rugi la aku beli apam ni... Aku terfikir gak rupanya orang berniaga ni kreatif dan pandai nak tarik pelanggan dengan membuat resipi baru... mungkin resipi ni dah lama cuma aku je yang tak tau!!!

Friday, November 26, 2010

SINUS - Cegah Sebelum Merebak

Gejala selsema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata serta kekerapan bersin terutama pada waktu pagi memang merimaskan. Lebih tidak selesa apabila muka terasa gatal seperti ada benda merayap.

Rasa kurang selesa semakin bertambah apabila di bahagian tekak bagaikan dipenuhi dengan kahak.

Jika anda mempunyai simptom seperti itu ia menandakan anda mungkin mengalami masalah sinusitis.

Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa tulang berisi udara dan diseluputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80% kes sinusitis berpunca daripada selsema biasa yang tidak dirawat dan berlanjutan lama. Ini bermaknsa seseorang individu itu mengalami jangkitan bakteria sekunder yang berlaku ketika selsema.

Selain itu ia juga berpunca akibat daripada perubahan cuaca sejuk, jangkitan fungus, masalah sistem imun seperti dialami penghidap virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Tidak kurang juga jangkitan pada gigi (ketika rawatan gigi yang merebak ke ruang sinus) di samping jangkitan yang berlaku ketika berenang atau menyelam dalam air yang tercemar dan masuk ke ruang sinus.

Mereka yang mempunyai asma, mengalami ketumbuhan (polip) dalam hidung, alahan (pada habuk dan debunga) dan ada masalah membabitkan aliran mukus (lendir) dalam sistem pernafasan seperti sisa fibrosis adalah lebih mudah mengidap sinus.

Jika keradangan sinus tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu mendapat rawatan. Ramai orang ada dalam kategori ini.

Bagaimanapun, jika sinusitis mula menyebabkan gangguan pada kesihatan seperti demam, sakit kepala dan leher, muka sakit dan bengkak, anda disaran berjumpa doktor.

Jika didapati sinusitis anda teruk, usah biarkan ia berlanjutan kerana melengahkan rawatan boleh menyebabkan masalah anda bertambah buruk. Jangkitan bakteria perlu dihapuskan kerana ia boleh memasukit aliran darah dan mengakibatkan keracunan yang menyebabkan seluruh badan terasa sakit.

RAWATAN SINUS

- Pengambilan ubat seperti antibiotik yang disarankan oleh doktor. Pesakit perlu memastikan ubat atau antibiotik yang diberi doktor dihabiskan, walaupun gejala sinusitis hilang sepenuhnya.

- Jika sinusitis disebabkan alahan, doktor mungkin memberi anda ubat kortikosteroid dalam bentuk semburan hidung atau pil. Pengambilan ubat ini seharusnya boleh mengurangkan gejala sinusitis dan sakit kepala.

- Jika masalah masih tidak berkurangan dengan pengambilan ubat, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani pembedahan dipanggil antral-puncture and wash-out. Ia prosedur pendek (10-15 minit) di bawah bius setempat (dewasa) atau bius umum (seluruh badan) bagi kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro.

Tip Pencegahan Keracunan Makanan di Rumah

1. Basuh tangan dengan sabun setiap hari selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan atau menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotongdan lain-lain permukaan yang digunakan.

2. Apabila membeli belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercengkarang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencermaran silang.

3. Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan menggunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu 630-740 darjah celcius.

4. Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh 2 jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 darjah celcius, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa 2 jam.

5. Mencair bekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat.

6. Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan cara penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupun memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya. Walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.

7. Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau buffet. Buang saki baki makanan yang berada pada suhu bilik 2 jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam.

8. Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercangkerang yang tidak cukup masak.

Keracunan makanan selalunya reda dengan sendiri dalam masa 48 jam. Untuk membantu diri anda berasa lebih selesa sekali gus menghalang dehidrasi dalam waktu pemulihan itu, anda boleh cuba langkah-langkah berikut;

1. Biarkan perut anda rehat. Berhenti makan atau minum selama beberapa jam.

2. Hisap ketulan ais atau hirup sedikit air. Anda boleh juga mengambil minuman bersoda. Orang dewasa patut minum sekurang-kurangnya 8-16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap.

3. Secara beransur-ansur, makan makanan yang dikisar dan mudah hadam seperti kraker (biskut kering nipis), pisang dan nasi. Berhenti makan jika mual-mual kembali.

4. Elakkan makanan dan bahan-bahan tertentu hingga anda berasa lebih baik. Antaranya produk tenusu, kafeina, nikotin dan makanan berlemak atau mempunyai perasa makanan tinggi.

5. Banyakkan berehat. Kesakitan dan dehidrasi mungkin telah melemah dan memenatkan anda.

Sumber: Harian Metro.

Thursday, November 25, 2010

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI

Apa ertinya:

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI adalah program terperinci mengenai apa yang harus kita lakukan kepada ekonomi Malaysia dalam masa sepuluh tahun kakan datang demi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ia bertunjangkan pelaksanaan hala tuju yang jelas dengan prestasi pengurusan yang kukuh lagi tiris.

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI

1. Adakah ekonomi kita bermasalah?
Sehingga 1990an Malaysia berkembang antara lapan hingga sembilan peratus setiap tahun. Namun 1997/1998, kita cuma berupaya mencatat pertumbuhan antara empat hingga lima peratus sepanjang 10 tahun lepas. Ia lebih meruncing ketika letusan dotcom pada tahun 2000 dan krisis kewangan global 2008/2009. Sedangkan kita antara 13 negara di dunia yang bertahan setakat tujuh peratus buat 25 tahun atau lebih sejak 1945, banyak negara telah berjaya ke hadapan sambil pertumbuhan ekonomi kita kekal merudum.

2. Inikah sebab kita perlukan program Transformasi Eknomi?

Ya, sebab kos hidup dan bisnes jua sedang meningkat lebih deras daripada kadar pendapatan dan keuntungan yang kita jana dalam aktiviti ekonomi semasa. Inilah yang dinamakan sebagai perangkap pendapatan sederhana. Jika kita gagal bertindak cepat, kita akan menjadi bertambah kurang kompetitif sebab kita beroperasi dalam ekonomi yang bertambah global, sedang kuasa membeli pula bertambah lemah. Kesemua ini akan menjurus kepada kualiti kehidupan yang lebih rendah.


3. Apakah manafaat Program ini kepada Malaysia?

Program transformasi Ekonomi pada asasnya akan menambah baik ekonomi Malaysia menerusi pemangkinan perubahan dan transformasi dalam struktur ekonomi untuk menjadi lebih kompetitif dan berdaya tahan. Jika terlaksana, ia akan merubah Negara menjadi berpendapatan tinggi, dengan purata pendapatan tahunan US$15,000. Ia adalah kayu pengukur Bank Dunia dalam menetapkan garis ekonomi pendapatan tinggi. Tambahan lagi, Progran ini akan mencipta lebih daripada 3.3 juta pekerjaan menjelang 2020.


4. Apakah manafaatnya untuk saya?

Dengan ekonomi yang bertambah baik, anda akan menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik, peluang kerja lebih banyak (dengan majority beroleh pekerjaan bergaji sederhana dan tinggi), tautan pengangkutan lebih baik, hasil pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan lebih luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Ia juga menyediakan tapak asas yang kukuh buat Negara menikmati pembangunan mampan supaya anak-anak anda mampu menimati kehidupan yang lebih berkualiti. Untuk dunia bisnes, lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif dan pasaran pengguna tempatan berkuasa membeli tinggi.

5. Jadi, apa sebenarnya Program ini?

Program ini cukup mudah. Ia tertumpu kepada sumber khusus dalam 12 bidang ekonomi yang kita sudah kuasai dan mahir serta cenderung untuk memastikan yangk ita melabur dalam bidang yang akan menjurus kepada pendapatan tertinggi. Bidang ekonomi lain turut menikmati kesan limpahan dan gandaan dari 12 bidang tumpuan tersebut. Jadi semua orang menang. Sungguh pun Program Transformasi Ekonomi ini dijana bersama oleh sector swasta dan awam, ia bergantung kuat kepada pertumbuhan yang digembleng sektor swasta, di mana 92% pelaburan datang dari sektor swasta.


6. Adakah ia mudah dilaksanakan?

Mudah tidak semestinya bermaksud semuanya senang. Kita bercakap tentang merubah ekonomi sebuah Negara yang mempunyai penduduk seramai 28.9 juta orang dan dianggarkan 31.6 juta pada 2020. Kea rah itu, ia memerlukan tumpuan yang tinggi, kesungguhan, kerajinan, dan kesatuan hati dari setiap rakyat Malaysia.


7. Jadi, apa 12 bidang ekonomi itu?

12 bidang tumpuan itu juga dikenali dengan Bidang Ekonomi Utama Negara, dan setiap satunya mempunyai potensi menyumbang secara langsung pertumbuhan ekonomi Negara. Ia merangkumi 11 industri dan satu wilayah geografi.


8. Satu wilayah geografi? Sila jelaskan.

Wilayah itu dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur/Klang Valley. Hasil kajian merumuskan bahawa bandaraya yang dinamik mempunyai daya saing lebih tinggi dibandingkan sesebuah Negara. Sebagai ibu Negara, Kuala Lumpur akan tetap menjadi nadi kepada kekuatan ekonomi kita, namun jika ia tidak setara dengan kemajuan bandaraya lain makan ekonomi Negara juga akan terjejas. Lantaran itu, wilayah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley perlu dirangsang menjadi lebih mantap dari sudut ekonomi. Banyak lagi ruang yang dapat kita garap supaya Kuala Lumpurdisebut-sebut setara dengan Tokyo, London, New York bahkan dengan Singapura.

9. Apakah 11 bidang industri itu pula?

Bidang ekonomi utama kepada masa depan kita ialah:

I. Pertanian
II. Perkhidmatan Perniagaan
III. Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi
IV. Pendidikan
V. Elektrikal dan Elektronik
VI. Perkhidmatan Kewangan
VII. Kesihatan
VIII. Minyak, Gas dan Tenaga
IX. Minyak Sawit
X. Pelancongan
XI. Pemborong dan Peruncitan


10. Bagaimana dapat kita pastikan 12 bidang ekonomi utama ini memang tepat? Bagaimana pula industry perdana lain seperti pembuatan dan pembinaan?

Kita telah kumpulkan lebih 1,000 pemimpin sektor korporat dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat awam dalam sebuah bengkel kerja. Berdasarkan pengalaman terbaik masing-masing dan amalan makroekonomi , mereka telah merumuskan 12 bidang fokus utama ini mengikut keberhasilan pendapatan dan kriteria pekerjaan. Industri lain seperti pembuatan dan pembinaan dan pembinaan juka akan memanfaati aliran kukuh aktiviti-aktiviti 12 sektor tersebut dan akan turut berkembang.

sumber: BH
www.pemandu.gov.my/etp-roadmap

Wednesday, November 24, 2010

GOUT

Antara makanan yang harus dielakkan bila terkena penyakit gout:

- Makanan laut; ikan, kerang, sadin dan ikan bilis
- Sayur-sayuran; asparagus, bunga kobis dan bayam
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
- Daging merah
- Cendawan
- Yis (roti putih, roti manis)

Sendi jari tangan tidak boelh bergerak kerana tersalah makan dan kaki tiba-tiba menbengkak sehinggakan ingin memijak lantai pun terasa seolah-olah memijak atas timbunan jarum yang menegak.

Ini sebahagian rasa yang dialami mereka yang mengidap penyakit gout. Salah makan saja, terutama bayam, ikan bilis dan makanan laut, pastinya mempunyai penyakit ini terpaksa merana akibat kesakitan yang teramat sangat pada sendi anggota badan.

Penyakit gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia membabitkan serangan serta merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi.

Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan bangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling tisu, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Umumnya, gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlalu hanyalah selepas wanita mengalami menopous.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang menganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.

Selain dikenali sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman, makan makanan laut yang berlebihan serta makan sesetengah sayuran seperti bayam dan cendawan.

Jangan biarkan gout tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid urik. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purin dan kawal berat badan anda.

Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Ada ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ada ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang.

Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.

Sebaliknya minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dah kerap bersenam.

Sayangilah tubuh anda, kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai dari Maha Esa.

Sumber BH

Sunday, November 21, 2010

10 Zulhijjah 1431H=17 Nov 2010

Salam Aidil Adha @ Hari Raya Haji

Untuk semua umat Islam seluruh dunia sekali lagi menyambut hari mulia, bagi umat Allah yang menunaikan ibadat Haji semestinya berada di Tanah Suci Mekah sudah selesai menunaikan rukun ke5. Sesungguhnya untuk melengkapkan rukun Islam ni tidak semua umatNya diangkat... semuanya datang dari keizinanNya yang maha berkuasa. Cuma aku berdoa agar diri ini dipercepatkan untuk ke sana. Amin.

Hari Raya Haji kali ni aku tak balik kg... entah la mungkin tahun ni tak melakukan ibadat korban makan untuk balik tu rasa kosong je...tambah pula kat sana tak ada lagi orang tua. Maka adik2 datang kat rumah aku untuk bersama2 beraya... terubah la tradisi hari raya aku tahun ni... orang berebut balik kg utk beraya... tapi adik2 aku menuju kat kota untuk berhari raya...

Malam raya aku seperti biasa menyediakan jaudah untuk makan pagi raya...walaupun berada di sini aku tetap kekalkan amalan memasak resipi nasi dagang+gulai ikan aya, nasi himpit+kuah kacang...sedikit pencuci mulut... seronok aku menyediakan jaudah tu walaupun keseorangan...ya la memang dah tugas aku memasak dari dulu lagi bila tiba hari raya...

AKTIVITI Hari Raya Haji di Kotaraya....

Pagi solat aidil adha, menjamu selera dengan hidangan dan petang ziarah ke rumah mak sedara di Ampang hingga malam kat sana....

Hari Raya ke2 releks kat rumah masak laksa lemak...uuhhh semua tu kegemaran kami semua... seharian aktiviti makan je... malam keluar jalan2 tengok lampu kotaraya KL... kalau sedara mara tak datang tak da masa aku nak pi lepak sana till 12 malam...tapi seronok gak sekali sekala tengok suasana cam tu...teringat zaman2 remaja dulu....uuuuhhh

Hari Raya ke3 jalan2 lagi ke rumah mak sedara dan sepupu yang di Subang... biasa la kalau jumpa sedara mara ni tak sah kalau tak ada makan2... memang keturunan aku semuanya jenis suka masak ... maka seharian kat sana macam2 hidangan kami yummmy!!!

Cukup la 3 hari beraya... hari ke4 tu adik aku berangkat balik kg maka kesunyian mula kembali dalam rumah aku... tapi aku cukup gembira sebab pertama kali beraya dengan adik2 di sini... semoga tahun hari raya tahun hadapan tercatat memori yang indah lagi... Inssyallah.

Thursday, October 28, 2010

Ketulusan Hati



Mendengar dan menghayati lagu ni begitu menyentuh hati dan perasaan aku... berlatar belakangkan suasana di Mekah mengingatkan aku saat pernah berkunjung ke sana sedikit masa lalu...bilakan aku akan diangkatkan lagi ke sana....? Tambah pula sekarang ni musim haji semangat ni berkobar2 untuk ziarah ke sana...Inssyallah!!!

Wednesday, October 27, 2010

Doa-doa Yang Makbul

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan
silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia
berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah
tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang
halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik
belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w &
para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan
sebagainya).


KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . .
. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat
membendunghajat hati sihamba itu.

Thursday, October 21, 2010

ASMA UL-HUSNA



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang
menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Ma! ha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikra! m - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Tuesday, September 21, 2010

Puasa Qadha

11 Syawal dah hari ni...uuuhh cepatnya masa berlalu. Aku mula berpuasa hari ni. Emmmm biasa la kalau tengok orang lain tak puasa psikologi ni mula la penuh dengan syaitan2 menghasut.. ditambah pulak dengan naluri yang sakit2 kepala ni...situasi biasa la kalau mula2 berpuasa ni macam2 sakit melanda..tapi aku tetap lawan semua tu.. kalau kita dah niat ikhlas tu pasti berjaya jua melawannya. Menu berbuka nasi putih+daging goreng campur kacang panjang+ikan goreng...jus carrot susu...Allahamduillah 1 hari aku berjaya...

sambungan

Hari Ke2 dan sehinggalah aku selesai berpuasa 6...alahamduillah semuanya sudah tertunai!!!. Senang hati bila sudah bayar hutang.

Saturday, September 18, 2010

Kembali ke kota

Setelah seminggu bercuti di kg...suasana riuh rendah di sana aku tinggalkan...Kembali kehidupan aku di kotaraya ini memenuhi tanggungjawab yang telah termaktub...terasa sunyi je bila kembali ke sini... itu la lumrah hidup ini ada masa kita gembira, ada kala kita gundah dan dilanda kesepian...namun kita terpaksa terima semua takdir yang ditentukan ini.

Memenuhi masa di sini dating dengan kawan2 ...aku lunch dengan member yang sebulan tak sempat jumpa...almaklum la bulan puasa masing2 bzy dengan tanggungjawab. Kawan baik bila jarang2 jumpa ni tak cukup masa rasanya nak bercerita...kalau bagi masa sehari pun tak habis topik...

Petang aku dating dengan member seorang lagi... lepak kat McD...kat sini ada citer sikit la.. tapi aku pun tak pasti citer ni utk tauladan atau panduan dan APAKAH MOTIFnya...tak reti la pulak nak berbahasa... masa kami dok makan2 tu ada 2 orang warga asing ni...muka macam orang arab, iran cam tu la umur lebih kurang 50an... aku dgn member ni syok sangat dok borak & mengadap burger tak ambil kisah pasal orang sekeliling... tiba2 je salah seorang mamat warga asing tu tunjuk note RM1 bertabur atas lantai kat kaki aku ada 4 keping aku ambil dan letak atas meja...sbb aku ingat duit aku jatuh...tapi aku terfikir balik mcm mana duit tu boleh jatuh sedangkan handbag aku pengang dan letak atas riba masa makan... aku tanya member aku duit u ke.. member aku pun masa tu aku perasan dia pegang handbag dia...tiba2 je ada seorang perempuan kat belakang member aku tu cakap tu duit orang tu yang tabur...maksud dia orang asing tadi yang tabur kat kaki aku... masa tu aku perasan kawan dia yang seorang lagi tu dok kat meja sebelah kami...yang tabur duit tu berdiri dekat meja kami..aku ingat dia nak ambil balik duit tu...rupa2 tak dia terus belah bila dia perasan budak perempuan tu cakap kat kami yang baling duit tu dia... kawan dia pun blah dari McD tu... aku nampak dia orang tu macam ada target sesuatu!!! masa tu terlintas kat kepala aku tentang orang2 pukau dengan menabur duit kat lantai....dan2 tu aku dengan member terus cabut balik...dan aku sempat cakap kat budak McD tu note RM atas meja tu masukkan dalam tabung...

Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidil Fitri 1431H

1 Syawal 1431=10 September 2010 (Jumaat)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua umat Islam..doa aku semoga aidil fitri kali ni membawa kebahagian dan penuh keinsafan untuk semua. Bersyukur kehadrat illahi sempat lagi aku menyambut aidil fitri biar pun tidak seindah dulu tapi ianya tetap meriah di hati ini. Rutin hari raya pertama tu tak berubah...begitu juga dengan menu juadah pagi raya dari dulu aku tetap kekalkan untuk santapan kami semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!! MAAF ZAHIR & BATIN

Hari Raya pertama: Selepas solat subuh ziarah kubur--solat Aidil Fitri--bermaaf-maafan seisi keluarga, sesi memeriahkan suasana pagi raya dan menjamu selera--petang aktiviti masing-masing: ziarah keluarga mertua, ada yang ke rumah kawan2...etc

Hari Raya Ke 2, 3, 4: ziarah sedara mara dan memenuhi jemputan makan2...

Tamat sudah hari raya aku di kg...tinggal kenangan!!

Monday, September 6, 2010

Ramadhan hari ke 27

Tinggal berberapa hari lagi umat Islam akan menamatkan puasa di bulan Ramadhan...antara gembira, sedih, penat dan sebagainya bercampur baur dalam diri aku. Ramadhan kali ni terasa begitu cepat berlalu, aku sendiri bertanya pada diri sendiri berapa peratuskan aku dapat mengumpul pahala amalan dalam bulan Ramadhan kali ini... Aku sendiri terasa takut bila mengingatkan semua ini...entah apa yang aku dapat hanya Allah swt saja maha mengetahuinya.

Biarpun begitu masa yang berlalu ni tetap meninggalkan aku...suasana hari raya aidil fitri sudah menghampiri...berkemundang lagu2 hariraya, kemeriahan di pusat membeli belah, jalan raya yang sesak dan opps sikap pun sudah bermula dengan kadar kemalangan setiap hari bertambah, kanak2 pun sudah ramai menjadi mangsa mercun dan... apakah 'trade mark' ini akan terus berkekalan setiap kali musim perayaan... siapa harus dipersalahkan...

Tentang diri aku persiapan untuk hari raya kali ni suram...kegembiran dan keriangan utk balik kg pun tidak la seghairah tahun2 lepas...mungkin banyak kekurangannya...rasanya tak perlu aku meluahkan di sini...sebab insan2 lain pun ada yang sama macam aku...bukannya malang...tapi aku dpt rasakan tidak ada kenikmatan akan aku perolehi dari Syawal ini...tiada lagi tangan kasar kedua orang tua aku untuk aku cium dan mohon kemaafan...dah aku tak perlu lagi menyediakan duit raya utk mereka berdua di pagi hariraya....Ya Allah!!! Sebaliknya pagi2 raya dalam suasana subuh dingin aku dan adik2 akan ke pusara untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mengucapkan selamat hari raya kepada kedua org tua dan sedara2 ku yang telah meninggalkan kami...tiada apa yang perlu aku luahkan...hanya sedih dan pilu saja...lagipun bagi insan yang mengalami saja akan memahami situasi aku ini...

Namun aku seharusnya bersabar dalam situasi ini...mungkin Allah swt akan bagi aku kebahagian tapi dalam bentuk yang berbeza...Inssyallah...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!

Wednesday, August 11, 2010

Salam 1 Ramadhan 1431H=11 Ogos 2010



"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan dibelengu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan." - Hadis riwayat Ahmad

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh kemulian. Semoga ramadhan kali ni memberi aku kekuatan untuk mengejar pahala dan memohon kepada Allah s.w.t agar memberkati segala doa aku.

Berpuasa kali ni berbeza memandangkan aku tinggal di rumah sendiri...tiada lagi gangguan kawan-kawan serumah...sunyi pulak rasanya. Ya inilah jalan yang aku pilih dan Allah swt jua sudah tentukan perjalanan kehidupan ini...sesungguhnya aku redha dan aku bahagia. Inssyallah.

Selamat menunaikan ibadat puasa dan kejarilah amalan sebanyak mungkin. Amin

Friday, July 30, 2010

PadaMU Aku Bersujud-Afgan

Ternyata lagu ni menyentuh hati aku bila mendengarnya dan bila dihayati liriknya memang cukup bermakna dah seolah2 bila menyanyi lagu ni aku seperti sedang memohon dan berdoa padaNYA...tiba-tiba aku terasa terpilu sendirian menginsafi....

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud


<><><><><><><>><>

Tuesday, July 27, 2010

Antara Tugasan dan Kenangan







19-26 Julai 2010

19hb Julai MAS kul 8 pagi aku ke destinasi KL-Alor Star-Jerlun...ditugaskan menjadi sekretariat program di sana... first time aku ke sini untuk bertugas...sebelum ni aku pernah la datang dan menyusuri jalan2 kat sini untuk pergi bercuti... kali ni aku bertapak agak lama...sehingga la program ni tamat...kiraanya 8 hari...uuhhh mula2 tu terasa lama je...teeetapi bila dah sampai sini uuhuuhh seronok+penat+etc & tiba je hari terakhir rasa cepat je masa berlalu...belum puas nak bermesra dengan rakan2 yang bertugas kat sini yang baru aku kenali...ya la masing2 bzy dengan duty yang diamanahkan.

Antara salah satu task yang betul2 menyentuh hati aku ditugaskan untuk mengurus keluarga angkat untuk peserta tinggal...program ni bukannya fully program Keluarga Angkat...tapi boleh dikatakan serampang 2 mata...sambil menyelam minum air...uhhhuuhh betul ke peribahasa aku ni? Rasanya memang betul dah... maknanya tak perlu aku perjelaskan sebab ni berkaitan dengan tugasan aku... Tersentuh hati aku bila bapa2 angkat yang datang jumpa aku bercerita tentang 'excited' menunggu kedatangan anak2nya yang belum pasti dari mana, keturunan siapa...tapi semuanya tak disoalkan...mereka IKHLAS dan TULUS menerima. Ada bapa angkat yang seronok bercerita dengan aku yang dia dah siap membeli lauk pauk sebagai hidangan istimewa untuk anak2 mereka nanti...terharu aku mendengarnya...ya la bapa2 yang datang tu semuanya dah berumur 60th ke atas...ni mengingatkan aku kepada arwah Ayah tercinta...

Target utama aku ke sini untuk menjaga sekretariat...biasa la ke hulu ke hilir nak urus hingga terlupa nak bergambar dengan bapa2 angkat yang berkhidmat menjaga peserta2 program ni... kecewa sungguh!!! sebab pengorbanan dia orang tu tak ternilai...untuk aku jadi kenangan.

Alahamduillah program berjalan lancar dan berjaya...yang ada sedikit terganggu tu adat la... kita hanya merancang..yang menentukannya DIA.




Thursday, July 15, 2010

Bagaimana DOA diperkenankan

Sebagai peringatan untuk diri aku sendiri...Sesungguhnya kita dalam berdoa dan memohon sesuatu dariNya jangan cepat berputus asa...


ABI Said al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa terdapat tiga jenis keadaan doa.

1. Adakalanya doa seseorang itu disegerakan permintaanya.
2. Ada waktunya Alah memperkenankan doa orang yang memintanya, tetapi disimpan sebagai bekalan pahalanya di akhirat.
3. Namun terdapat keadaan yang Allah menterbalikkan doa seseorang dalam bentuk kejahatan seperti bala atau malapetaka sesuai dengan doanya.

Sesuatu doa yang dipohon tidak wajar diminta dengan terburu-buru agar Allah memperkenankan dalam waktu yang singkat. Semuanya terserah kepada Allah, kerana DIA lebih mengetahui dan memahami keadaan manusia.

Inilah yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadis yang bermaksud: Doa salah satu kamu akan diperkenankan oleh Allah, asalakan ia diminta dengan tidak terburu-buru, sebagaimana dikatakan: Aku telah berdoa tetapi doaku belum diperkenankan. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Musa dan Nabi Harun pernah berdoa kepada Allah agar dicabut segala nikmat Allah kepada Firaun kerana telah menyesatkan manusia. Namun doa dan permintaan tersebut dimakbulkan 40 tahun kemudiannya.

Wahab r.a. mengungkap bahawa manusia suka untuk mengajar Allah agar menunaikan permintaan mereka sekalipun tidak baik di sisi Allah. Apa jua dalam kehidupan yang serba daif ini, biarkan kita mengutamakan kehendak Allah, dan tidak sesekali memohon agar Allah memahami kehendak dan kemahuan kita.

Allah pasti akan memuliakan manusia yang memuliakan-Nya. Allah memberi apa yang dikehendaki dan menjauhkan apa yang tidak diingini.

Sebabnya Allah telah menjamin kepada kita apa yang telah kita doakan, terhadap apa yang telah dipilih oleh Allah untuk kita. Allah tidak memperkenankan apa yang kita pilih untuk diri kita. Manusia tidak boleh terlepas daripada kehendak Allah.

Janganlah kita mendahului Allah dalam semua perkara. Anggaplah segala keputusan yang datang selepas doa itu sebagai janji Allah. Hati yang tenang tidak diselubungi oleh perasaan ragu-ragu dengan takdir Allah. Akhirnya kita akan gembira dengan setiap ketetapan dan kehendak Allah yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.

Imam Ghazali memberi gambaran tiga keadaan manusia yang diterima amalan ibadat dan terlebih hampir dirinya kepada Allah.

Antaranya, Allah memulia dan memilih golongan ini untuk mengenali-Nya. Kemudia Allah meluruskan perkataan, perbuatan dengan taufik dan pemeliharan-Nya. Maka tercapailah reda Allah dan syurga-Nya.

Tuesday, July 13, 2010

ABU TALHAH suka bersedekah

Terbaca kat sisipan Agama Mega...bagus gak sebagai peringatan dan panduan di bulan Syabaan ni, sebulan lagi nak sambut Ramadhan... maka yang nak tambah pahala tu boleh la tambah amalan secara bersedekah!!! Inssyallah dengan niat tulus ikhlas kita Allah swt akan menambahkan lagi rezeki dan mempermudahkan segala urusan di dunia dan semestinya di akhirat nanti hanya DIA yang menentukannya.

TALHAH bin Ubaidillah bin Usman bin Kaab bin Saad adalah seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang dijamin masuk syurga. Beliau jua adalah pahlawan Islam yang sama-sama berjuang melindungi Nabi Muhammad ketika melawan musuh.

Semasa perang Uhud, Abu Talhah adalah antara orang yang melindungi Nabi Muhammad saw daripada terkena panah. Dalam perang Uhud itu, Abu Talhah sanggup mengorbankan dirinya melindungi Nabi Muhammad saw sehingga jari-jari tangannya menjadi lumpuh.

Semasa peristiwa perang Jamal pula, Abu Talhah terkorban kerana terkena panah. Beliau meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656 Masihi.

Abu Talhah ialah orang yang kaya. Beliau adalah orang Ansar dan merupakan sahabat Nabi Muhammad saw yang sangat dermawan. Abu Talhah mempunyai sebidang kebun yag ditanam dengan kurma.

Pada suatu hari, Abu Talhah mendengar ayat al-Quran daripada surah Al-Imran ayat 92, 'kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya'.

"Saya mempunyai harta yang banyak. Ayat al-Quran itu menyedarkan saya bahawa saya sepatutnya memberi sedekah sebahagian daripada harta saya kepada orang yang memerlukannya," bisik Abu Talhah selepas mendengar ayat al-Quran itu.

Selepas mendengar ayat itu, Abu Talhah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Tanpa berlengah, beliau menceritakan niatnya itu kepada Nabi Muhammad saw.

"Wahai Nabi Muhammad, saya mendengar satu ayat tentang harta yang saya ada ini. Selepas mendengar ayat itu, saya bercadang mahu menyedekahkan harta itu bagi dibuat kebajikan kepada masyarakat Islam.

"Harta yang saya maksudkan adalah kebun kurma yang terletak di hadapan Masjid Madinah itu" terang Abu Talhah kepada Nabi Muhammad saw.

"Saya bersedekah harta ini supaya ekonomi masyarakat Islam terus meningkat. Hasil daripada kebun kurma ini dapat menambahkan pendapatan negara kita" jelas Abu Talhah kepada Nabi Muhammad saw lagi.

Rasulullah tersenyum mendengar penjelasan Abu Talhah. Kebun kurma yang diceritakan oleh Abu Talhah itu memang dapat membantu dari segi ekonomi masyarakat Islam. Tambahan pula Nabi Muhammad saw sendiri selalu mengunjungi kebun kurma itu.

"Masihkan kamu mempunyai adik-beradik dan saudara-mara" tanya Nabi Muhammad saw kepada Abu Talhah.

"Ya saya mempunyai saudara-mara terdekat yang masih hidup. Mengapakah Nabi Muhammad saw bertanya hal itu", tanya Abu Talhah pula.

Nabi Muhammad datang ke tempat duduk Abu Talhah. Kemudian beliau memandang tepat wajah Abu Talhah.

"Begini saya cadangkan supaya kamu sedekahkan kebun kurma itu kepada ahli keluarga kamu yag terdekat. Hal ini kerana ahli keluarga kamu perlu dibantu terlebih dahulu.

"Dengan itu, keluarga kamu hidup dengan lebih baik dan dapat membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan kelak". kata Nabi Muhammad saw.

Mendengar penjelasan itu, Abu Talhah mememui saudara-maranya bagi menunaikan niatnya itu. Semasa dalam perjalanan menuju ke rumah saudaranya itu, Abu Talhah sering mengingat nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw itu.

Sampai sahaja di rumah saudaranya yang terdekat itu, Abu Talhah menceritakan tujuannya ke sana.

"Wahai saudaraku yang dihormati, saya datang ke sini adalah untuk sedekahkan harta yang ada pada saya ini", kata Abu Talhah kepada saudaranya itu.

Kemudian saudaranya emmbalas, "Bukankah lebih elok harta itu kau sumbangkan kepada Baitulmal".

"Memang pada mulanya niat saya mahu berbuat demikian. Namun selepas saya berjumpa Nabi Muhammad saw, beliau menasihatkan saya supaya harta ini diberikan kepada saudara yang terdekat. Maka saya ke mari bagi menyerahkan harta ini kepada kamu," terang Abu Talhah.

Atas nasihat Nabi Muhammad saw itu tadi, beliau menyerahkan kebun kurma itu kepada saudara-maranya yang terdekat.

"Semoga Allah membalas jasa baik kamu dan menambahkan lagi rezeki kamu", kata saudara Abu Talhah.

Kemudian Abu Talhah beredar meninggalkan perkarangan rumah saudaranya itu. Ketaatannya pada Allah swt dan Nabi Muhammad saw itu menjadikan beliau seorang yang benar-benar beriman, suka bersedekah dan dermawan dalam usahanya mencari keredaan Allah.

Petikan buku Sayap Dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn Bhd.

Monday, July 12, 2010

Belajar Tajwid

Menghadiri kelas tajwid di Yayasan Al Quran Kuala Lumpur...aktiviti aku setiap hari sabtu & ahad dah hampir 2 tahun. Kalau ikutkan bukannya sepenuh hari kat sini...cuma berberapa jam saja...kalau dok kat rumah tu zero tak dapat apa... Alahamduillah dapat juga aku membetulkan setiap bacaan quran...meskipun sebelum aku masuk kelas ni aku pernah khatam tapi aku tak yakin bacaan aku tu betul dan mengikut sebutan makhrajnya...sebab tu orang cakap bila kita pergi belajar tajwid baru kita tau betul atau salah bacaan kita...selagi banyak kita belajar selagi banyak la kita nampak kesilapan kita dalam membaca...lain la kalau orang tu dah bergelar tahfiz...

Bermaksud: 'Bacalah Al-Quran dengan bertartil (memelihara hukum tajwid).
Surah Al-Muzammil: 4

Bermaksud: Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya'.

Sekarang ni pembelajaran aku dah penghujung iqra 6...dah masuk bab waqaf...uuhh seronok dah bercampur stress jugak bila nak mengingat hukum2 tajwid ni...tapi tak pa ustaz kami "flexible" kalau salah dia betulkan... tu la gunanya kita belajar dan ada tok guru... biasa la kami sekelas tu kalau bab2 hukum ni masing2 tak ingat...kekadang tu bila je ustaz soal masa tu la baru buka buku rujukan...he..he..he...standard la tu bila tak buat ulangkaji..tapi aku seronok dapat kawan2 yang sama2 berjuang untuk dapatkan ilmu ni secara PERCUMA...sekarang ni susah nak cari ilmu akhirat secara percuma...kepada sesiapa yang nak belajar tu boleh hubungi Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House), Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur. Tel no : 03-2691 3286

Aminnnnn

Thursday, July 1, 2010

Kawal Pemakanan ELAK PENYAKIT

Hari ni aku terbaca tentang cara pemakanan yang seimbang...elok jugak untuk peringatan diri sendiri...tapi tak tau la sejauh mana kekuatan aku nak melawan nafsu makanan ni...

Kita sering mendengar ungakapan bahawa cara pemakanan seseorang itu melambangkan tabiat, sikap atau keperibadian seseorang itu.

Ini membuktikan corak pemakanan itu sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana cara pemgambilan makanan berkhasiat menjamin kesihatan yang sejahtera dan membantu menghindari sebarang penyakit.

Dalam memilih makanan berkhasiat ramai keliru dengan apa yang dimaksudkan pemakanan sihat dan hanya menganggap buah buahan atau sayur-sayuran paling berkhasiat, sedangkan hakikatnya ia lebih daripada itu.

Lebih membimbangkan, sikap kurang prihatin mengenai pemakanan sihat menyumbang kepada pelbagai penyakit berkaitan makanan termasuk obesiti.

Kurangkan pengambilan makanan segera

Dengan harga barangan keperluan yang semakin meningkat berikutan penstrukturan semula subsidi minyak sekarang, seseorang itu perlu bijak menyediakan menu alternatif dengan menggunakan bahan lebih murah, tetapi mempunyai khasiat sama.
Garis panduan pertama yang perlu diikuti dalam amalan pemakanan sihat ialah setiap individu harus menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk bijirin, buah, sayur, daging, ayam, kekacang, susu, lemak dan minyak.

Corak pengambilan makanan berkhasiat perlu dilakukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat Piramid Makanan.
Peringkat pertama dalam pengambilan makanan adalah bijirin diikuti buah dan sayur yang berada pada peringkat kedua dan seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging dan kekacang yang berada di peringkat ketiga.

Produk yang paling sedikit diperlukan tubuh berada pada peringkat pertama iaitu di puncak dan ia adalah lemak, minyak, gula serta garam.
Setiap individu perlu mengekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.

Sebelum menyediakan atau mengambil setiap hidangan, ketahui nilai kalori dan pastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi nilai kalori diperlukan badan kerana ia akan menambahkan berat.

Lebihkan pengambilan buah dan sayuran

Mengambil hidangan bijirin dan buah-buahan serta sayur-sayuran juga, amat penting kepada tubuh kerana ia adalah sumber vitamin yang lengkap, tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul.


PANDUAN PEMAKANAN BERKHASIAT

Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan menghadkan pengambilan makanan bergorang dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak.
Pengambilan lemak sepatutnya tidak melebihi 30 peratus jumlah kalori harian dan jika berlebihan, ia akan membentuk plak pada dinding saluran darah sehingga menyebabkan salur darah tersumbat. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemak dan memilih makanan rendah kolestrol.
Garam juga perlu diambil secara sederhana bagi mengelak penyakit darah tinggi, tetapi ia perlu ada dalam hidangan bagi keperluan tubuh.

Dalam sehari, manusia hanya memerlukan 500 mg garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh adalah bersamaan 2,100 mg garam. Jadi untuk mengelak perggunaan berlebihan, pelbagai produk lain boleh digunakan sebagai sumber alternatif seperti MSG, kicap soya dan sos.

Elakkan juga penggunaan garam ketika menyedia dan memasak makanan dan elakkan menabur garam ketika menghidangkan makanan.
Hadkan penggunaan sos dan serbuk perasa serta kurangkan kekerapan menghidang telur masinn, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diproses.

Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan pilih makanan yang rendah kandungan gula. Walaupun gula tidak mempunyai nutrien, ia penting dalam membekalkan tenaga. Setiap individu memerlukan 50 mg gula sehari, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati penduduk berumur 18 - 59 tahun mengambil 21 gm gula pasir sehari (bersamaan 4 sudu teh) dan mereka juga cenderung mengambil 30 gm susus pekat manis sehari (bersamaan 3 sudu teh) untuk ditambah ke dalam minuman.
Panduan terbaik menyajikan hidangan rendah gula, adalah dengan menyediakan minuman dengan gula atau susu rendah lemak secara berasingan, selain mengelak daripada menyalut kek dengan gula atau ising serta menambah gula dalam jus buahan.

Utamakan pengambilan air setiap hari

Paling penting, setiap individu perlu minum enam hingga lapan gelas air sehari walaupun tidak merasa dahaga. Air adalah bahan penting untuk fungsi fisilogi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluran bahan sisa daripada badan.

Elak daripada meminum teh tarik ketika makanan nasi atau menikmati hidangan kerana ia boleh membantutkan pembentukan hemoglobin (sel darah merah) dan akhirnya mengundang penyakit.



Teh boleh diminum, tetapi dengan syarat dua jam selepas seseorang itu selesai makan nasi atau menikmati hidangan.

Sumber BH

Tuesday, June 15, 2010

Puasa Bulan Rejab



Hari ke 2 aku berpuasa di bulan Rejab 1431H. Amalan berpuasa pada bulan Rejab ni tidak la menjadi kewajipan kepada umat Islam seperti bulan Ramadhan... cuma aku sudah terbiasa sejak kecil lagi sudah dia ajar untuk berpuasa pada bulan Rejab, Syabaan dan semestinya Ramadhan. Biasanya bulan Rejab dan Syabaan ni aku berpuasa setakat yang mampu je la...tidak la memaksa dan tidak pulak berniat nak menunjuk2...semua tu hanya Allah swt je yang menilainya niat aku ni....

Di sini ada pendapat yang aku baca tentang amalah berpuasa di bulan Rejab.... rujukan

Semalam 1st day aku puasa biasa la targetnya bila petang mula la fikir nak berbuka dengan apa? Menu simple je aku masak nasi, sayur air bayam+kobis+carrot lepas tu goreng telur dadar+bawang besar+mayonies+perisa....uuuhhh selera orang berpuasa yang simple pun jadi sedap!!! Alahamduillah.

Hari ke 2 ni tak tau nak cipta menu apa? belum buka peti ais!!! tunggu je la petang....

Monday, June 7, 2010

Ulam ulaman

Menu makan tengahari aku hari ni makan nasi ada ulam petai cicah budu berlauk ikan singgan (ikan aya @ tongkol)...uuhhh memang sedap dan menyelerakan... maka kat sini terlintas nak senarai jenis2 ulam.

Jenis2 ulam yang pernah aku makan..mungkin ada lagi cuma tak ingat je nama2 ulam tu...setakat ni jenis2 ulam yang aku jumpa kat kedai makan @ pasar...

Jenis ulam berdaun



1. Pegaga
2. Ulam raja
3. Pucuk Paku (kena celur/rebus sekejap)
4. Pucuk ubi kayu (kena celur/rebus sekejap)
5. Pucuk ubi keledek (kena celur/rebus sekejap)
6. Pucuk labu (kena celur/rebus sekejap)
7. Mengkudu
8. Pucuk Gajus
9. Pucuk Kaduk
10. Pucuk Putat
11. Selom
12. Pucuk betik


Jenis ulam kekacang/buah



1. Kacang botol
2. Bendi
3. Terung pipit
4. Timun
5. Jantung Pisang
6. Petai
7. Jering
8. Buah kerdas/genuak
9. Nangka muda
10. Kunyit dan halia muda

Ulam ni patut menjadi amalan dalam pemakanan seharian sebab banyak khasiat yang tersembunyi!!!.

Thursday, June 3, 2010

Sarapan @ Breakfast!!!



Rezeki untuk pagi ni... biasa la aku pagi2 perkara wajib bila sampai ofis breakfast dulu!!! pagi ni heavy gak rezeki aku...bihun goreng dan semug indo coffee kurang manis...alahamduillah!!!

Breakfast memang jadi pilihan aku, bila lunch tak perlu kecoh nak keluar cari makan...uhhuhhh tak suka lunch sebab lepas tu mengantuk bila nak sambung kerja... lagipun mengikut kajian tentang breakfast ni bagus...ni salah satu atikel yang aku dapat 'Sarapan Pagi Kuatkan Otak'

bihun goreng homemade...simple tapi cukup rasa!!!




minuman ni susah nak tinggal...dah jadi habit...now slowly untuk kurangkan pengambilan...
=====================================