Saturday, February 2, 2013

Perutku!!! Sakit....

Sejak petang tadi perut aku ni rasa semacam je, nak kata sakit tu ada juga...rasa pedih dan tegang je urat dalam perut. Mungkin angin...tapi tak ada rasa sebu...ni la masalah kalau silap makan. Aku dok fikir apa makanan yang buat perut tak selesa. Tengok teman kat rumah ni ok je perutnya...makan makanan yang sama je.

Bila kena masalah cam ni makan semua tak sedap... tapi nak makan kononnya untuk hilangkan sakit dalam perut ni. Minum air soya...orang kata soya bagus terutamanya untuk kesihatan perut, tapi tak juga hilang sakit... ambil fresh milik pun sama je. Termenung kay dapur tu apa lagi yang boleh aku makan untuk kurangkan sakitnya. Makan buah lima kot2 boleh hilang... eemm

Dah tak tau nak ubat sakit perut ni...aku baring je sambil tu tengok tv cerekarama tv3 sekurangnya aku harap dapat lupa sakit ni. Drama ni ok juga cerita berkisar kekeluargaan, pengorbanan ibubapa untuk anak dan ketaatan isteri terhadap suami. "Syurga seorang isteri".  Leka dengan cerekarama lupa sekejap sakit ni... Drama ni banyak pengajaran untuk seorang isteri... jangan kerana hormat dan hukum sanggup korban segalanya sehingga lupa tanggungjawab dan janji dengan ibubapa. Bila hati orangtua dah sedih dan terluka.... hidup kita semestinya keberkatan itu akan hilang. Pelakon drama ni memang berjaya membawa watak dan tersentuh hati aku bila tengok watak bapa dalam drama ni dan skripnya penuh makna.

No comments: