Saturday, January 12, 2013

@P.Pinang: Chendol & Laksa

George Town!!!!  Memang terkenal dengan syurga makanan, terutama nasi kandar, pasembur, mee udang, char kueh teow, cendol, rojak buah, laksa.... biasanya makanan yang  ni jadi sebutan...

Kami menyeberang jambatan P.Pinang jam 3ptg...cuaca panas terik, rasanya  dah lama tak mengalami cuaca panas macam ni kat KL. Apa lagi bila dan kena cuaca macam ni cendol yang sejuk jadi pilihan. Kat sini memang famous chendolnya...ejaannya pun ikut ejaan lama. Walaupun kedainya terletak di lorong pengunjung sanggup beratur.
Memang sedap cendol dan laksa ni...tempatnya tak jauh dengan Chowrasta tempat jual jeruk dan balai polis. Lupa la pula nama lorong tu...sbb terlalu syok makan. Harga cendol RM2 semangkuk dan laksa RM3.50 sahaja...

Cendolnya memang terbaik
Dalam kedai ni banyak gambar2 kenangan vip yang datang makan
Ini dia laksa!!!

No comments: