Jambu ni dah hampir seminggu dalam peti ais, beli masa balik dari P.Pinang. Balik kerja dah malam selera untuk makan jambu pun dah hilang. Kebetulan singgah Tesco selepas mengaji tadi beli asam boi ni eeemm apa lagi dah la lama tak makan jambu cicah asam boi ni. Nampak gayanya lunch hari ni makan ni je la. Sementara tu boleh la fikir nak masak apa. Dalam peti ais tu masih banyak stok bahan mentah untuk bulan ni tak terusik. Minggu ni tak masak, weekend ke Pinang lepas tu Mr Right outstation dan kebetulan pulak aku bzy balik dah lewat... jadi tersadai la semua tu.
Hari ni mood nak masak tu masih kurang jadi tunggu je la dulu bila dah lapar.... makan buah jambu ni pun dah kenyang lagi pun ni vitamin C bagus untuk badan.... buah tu bagus... yang kurang bagusnya adalah asam boi tu. Dulu aku stop makan asam boi ni sebab ramai yang cakap boleh menyebabkan cancer tapi aku tak tau sejauh mana kebenarannya. Hari ni terlari sikit pantang tu... ya la sekali sekala boleh la ambil untuk pengubat selera.
No comments:
Post a Comment