Wednesday, January 30, 2013

Kalendar Kuda


Siapa tak kenal kalendar kuda...rasanya yang tak kenal tu dari cuma kalangan anak-anak zaman FB je. Mungkin mereka ni banyak rujuk kepada kalendar yang berteknologi multimedia. Tapi bagi aku kalendar kuda ni kalau ada yang bagi semestinya aku tak tolak sebab informasi yang ada memang lengkap dan senang untuk rujuk dari segi tarikh cuti. Semalam semasa membeli stationery untuk pejabat tuan kedai tu hulur kalendar tu....mulanya dia ingat aku tak nak....ya la dia ingat aku ni rujuk tarikh kat multimedia je kot....hakikatnya bagi aku yang tradisi lama tetap berguna. Tuan kedai tu tanya nak berapa kalendar....he..he.. dia ingat aku nak gantung merata tempat kot...kat sini aku fikir cara tuan kedai ni yang tak kedekut nak bagi kalendar ni pun dan jadi satu cara dia mempromosi kalendar kuda ni...bukannya dia dapat untung pun, sebaliknya bila aku fikir balik dengan cara ni la kalendar kuda dikenali ramai.

Lagi pun kelander ni berbagai bangsa boleh faham sebabnya ada 3 bahasa yang digunakan. Tu la keistimewaan kalendar ni memang mesra pengguna...he..he..sekali pandang je kalendar ni kita dah dapat tau mana cuti dan cuti apa. Ingat dulu masa aku kecil nenek aku memang gantung kalendar ni kat dinding ruang tamu....sekarang rasanya susah nak tengok orang gantung kalendar di rumah....ya la masing2 ada kat tangan nak rujuk. Cuma sekarang ni aku nak tau siapa yang mula2 mencipta atau mereka kalendar ni....adakah orang ni tokeh lumba kuda??? Nanti aku wikipedia!!!!

No comments: