Wednesday, January 30, 2013

Letih & Pedih Mata

Ya Allah pedihnya mata aku ni...ni la bahana tak cukup tidur. Semalam perbincangan berlarut ke 3 setengah pagi. Aku dari pagi tak mandi...ya la siang tu siapkan kerja di pejabat lain...dan petang bergegas ke pejabat lain pula nak urus persiapan untuk mesyuarat. Kadang tu rasa otak aku ni dah berputar2 nak cari space untuk input apa yang aku fikir dan rancang. Terfikir juga dari mana datangnya kekuatan daya fikiran aku ni, badan kalau nak cakap penat pun tak tau macam mana dan kat mana yang buat aku rasa penat. Cuma masa dalam bilik perbincangan tu mata aku dah rasa pedih....tengok jam baru 11 malam...eeemn awal lagi, dan aku agak mesti habis cepat perbincangan kali ni. Rupanya tafsiran aku salah hingga ke pagi aku mengadap laptop dan projector....ni la puncanya mata aku pedih. Pukul 4 pagi sampai rumah aku kira ada masa untuk lelap cuma 3 jam je, kena masuk ofis awal sebab pagi ada comm center meeting. Banyak kena urus ni...sabar je la insyallah semuanya berjalan lancar.
Cadang hari ni lepas meeting nak balik awal....eeemm separuh hari baru habis ... orang lain boleh la blah, aku banyak lagi urusan. Makan pun dah tak ada selera, bungkus la sikit lontong sebab ada yang cakap sedap. Kesudahannya aku dinner lontong je sebab Mr Right ada dinner appoitment. Pelik rasanya lontong jadi menu makan malam....memang sah aku kurang selera, lontong tu rasa memang sedap....mungkin aku masih penat terbantut selera.

No comments: