Monday, January 28, 2013

Meroti Almond

Petang ni Mr Right minta buat roti lagi, ya la semalam dia beli tepung roti imported jadi tak sabar nak rasa hasilnya.  Sebelum ni saya buat roti guna tepung biasa, kualiti tu kurang lembut. 

Memang sah lembut dan rasanya pun sedap bila guna tepung roti imported ni, lepas tu di campur susu tepung skim dari NZ terasa lemak sikit. Kualiti tepung dan susu ni memang mengharumkan terutamanya masa bakar bau semerbak macam kat kilang roti...he..he..he.
Cam biasa la bila dah angkat keluar dari bread maker tu, bagi suam2 sikit baru potong....eeemm sedap dan lembut, tambah pula banyak raisin dan almond aku letak. Sebelum ni kena komen kononnya raisin sikit.  Memang puas hati aku bila tengok Mr Right makan berkeping2 dinner tadi....terima kasih bread maker.

No comments: