Hari ni memaksa diri untuk masak sebab Mr Right ada, tapi tak da la kena paksa. Secara rela aku masak lagi pun nak kurangkan stok bahan mentah nanti ada yang rosak membazir pulak. Dan dua 3 kali buka tutup peti ais cheking apa yang nak masak....tak da ideal. Masak nasi dulu, tengok bahagian frozen tu macam2 ada... masak singgan daging, goreng ikan, ikan bilis goreng dengan petai dan letak tauhu. Ada 2 biji telur masin yang aku buat sendiri, telur itik tu aku bawa dari kg & buat sendiri dengan air garam....emm ok la berjaya. Masa adik2 aku datang sini dapat la dia merasa telur masin tu. Aku jeruk cuma 12 hari je dah elok untuk di makan.
Menu hari ni favourite aku cuma daging singgan dengan telur masin, ikan bilis petai tu untuk Mr right, dia tak minat telur asin. Aku alahan sikit bila makan petai ...mesti sakit tekak. Lepas makan lepak la sekejap...banyak lagi tak beres kain belum lipat dan iron, notis mesyuarat utk besok belum sms lagi, kerja ofis yang bawa balim pun belum siap....rasa ngantuk la pulak.....
Sunday, January 20, 2013
Mari memasak.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment