Bila ada cuti extra macam ni boleh la luang sikit untuk polish perabot. Kebetulan balik dari kenduri semalam singgah di kedai perabot jati, berjaya juga membeli bahan untuk kilatkan perabot jati kat rumah. Dah lama mencari di kedai2 perabot jati asal tanya je tak ada stok.
Polish ni sangat senang untuk guna, cuma guna span cuci pinggan je...tak perlu nak beli berus cat kecuali dah ada boleh la guna sekurangnya terjaga tangan tu.
Bahan ni macam minyak rambut je...letak sikit kat span tu dan sapu atau lap je kat kayu tu berulang2...sehingga rata. Sekejap kerjanya macam kita lap habuk je... hasilnya memuaskan. Harganya cuma RM15 shj kat kedai perabot jati, mungkin kat kedai lain pun ada dijual cuma saya tak jumpa. Bagi yang ada perabot kayu kat rumah tu boleh la mencubanya....
No comments:
Post a Comment