Saturday, January 26, 2013

Kata2 Kenangan


*****JIKA MAHU MAJU******

BERGERAKLAH BUKAN KERANA PERINTAH
BERSEMANGAT BUKAN KERANA TAKUT
RAJIN BEKERJA BUKAN KERANA UPAH
KEGAGALAN BUKANLAH AKHIR PEKERJAAN
TAPI PERMULAAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Kenangan tahun 2007/08...tiba2 aku rindu saat bekerja dengan team dzol, namun salah seorang dari team ini telah kembali ke rahmatullah pertengahan 2008. Al Fatihah untuk arwah KMN. Tapi yang menyedihkan juga kesemua rakan dalam team ni lama aku tak jumpa dan berhubung. Ke mana mereka semua, aku rindu untuk berkhidmat seperti dulu dengan kalian, meskipun penat tapi aku gembira, tak mungkin dapat kembali saat itu.

Kata2 tu aku terjumpa bila membaca slides yang aku sediakan untuk salah seorang petugas. Mungkin kita faham dengan kata2 itu....hakikatnya di mana kita di sebalik kata2 itu? 

Kini aku bertugas dengan team lain, banyak kelemahannya, kurang berpengetahuan dalam pengurusan kerja yang berkaitan, keberhasilan kerja ada namun kualiti masih diperingkat medium. Ya la aku boleh komen je tapi tak ada niat untuk menjatuhkan, setiap kita ada kelemahan dan kekurangan....tetapi kalau penuh keegoaan dan sekadar bekerja untuk membodek tak ada maknanya. Semua itu tak akan mendapat kecemerlangan dalam hidup individu itu, malahan orang lain juga akan mendapat tempias kegagalan menyumbang perkhidmatan.

No comments: