Kita minum dulu sebelum mulakan tugas di rumah seterusnya. Hari ni kena fokus kerja di rumah dah seminggu tak ambil tahu. Hari minggu lepas ke P.Pinang dah terbengkalai sikit kerja rumah. Aktiviti pagi ni dah siap cuci porch yang berhabuk sebab jiran buat renovation. Lepas mop rumah nak pergi kelas mengaji Al-quran.... terkejar juga masa pagi2 ni.Takut kena jam biasanya hari sabtu ramai juga yang keluar.
Emmm lama tak minum indocafe ni asyik minum teh makcik kat ofis je :-) Memang sedap bila kena sekali sekala macam dapat tenaga baru.... tu la manusia percaya dengan kekuasaan makanan dan minuman. Sebenarnya tu cuma tambahan je yang betul2 memberi kita tenaga adalah kerehatan seperti tidur yang cukup, badan cukup exercises dan berpeluh serta minda yang tak stress. Semalam aku dah cukup rehat tidur yang cukup 7 jam. Pagi ni pukul 5 pagi terjaga dah terasa kelainan dalam badan, rasa bertenaga semula. Betul la pakar kesihatan kata tidur yang berkualiti salah satu punca badan sihat.
No comments:
Post a Comment