Penyakit yang sering melanda diri aku menyerang lagi... badan aku ni tak boleh tersalah makan makanan yang berempah @ cili atau senang cakap makanan boleh buat badan rasa panas seperti kari....punca dari makanan tersebut gusi akan bengkak dan melarat ke gigi terasa sakitnya. Seminggu aku merana gara-gara makan nasi briyani, ayam tandori dan pajeri nenas. Aku dah lebihkan minum air biasa tapi tak juga kurang sakitnya...masak bali minum air bali, jus buah setiap pagi...tetap tak hilang kesakitannya.
Petang semalam masa membeli sayur ternampak sengkuang...emm setakat yang aku tahu makan sengkuang boleh sejukkan badan terutama bila demam...harapnya usaha ni menjadi.
Betik dan sengkuang bekal makan di ofis...sengkuang ni biasanya orang makan cicah dengan kuah rojak...aku letak asam boi je untuk ambil rasa...tak lalu nak telan sengkuang tawar tu tanpa ada rasa lain. |
No comments:
Post a Comment