Roti terperap dalam peti ais....jangan buang!! elak dari membazir... ada baiknya roti yang tak habis makan ni dan belum tamat tempoh diproses jadi bread crumbs. Kerja membuatnya tidak susah seperti nak makan roti bakar... carik-carik roti bertujuan bila nak blend senang... roti yang dicarik masukkan dalam oven atau toster atau boleh juga goreng tanpa minyak...supaya roti tu keras atau garing. Bila dah garing dan kekuningan boleh la blend hingga hancur dan simpan dalam bekas kedap udara untuk stok, jika nak simpan lama elok simpan dalam peti ais.
|
Proses blend roti bakar |
|
Roti yang telah dicarik dan dibakar.... |
No comments:
Post a Comment