Sabtu...aku cuti kelas mengaji Al quran. Kebetulan pula kawan call ajak keluar...teman dia ke jalan TAR. Hari ni aku bebaskan diri setengah hari dari urusan surirumah.... selesai je urusan rumah waktu pagi aku ke Sentul ambil kawan-kawan dan menghala ke destinasi. Target pertama salah seorang kawan aku nak membeli kain pasang untuk kakitangan pejabatnya untuk dipakai dalam majlis tahunan. Aku ni jadi consultant tak bertauliah je la...niat aku ke sini hanya menemaninya je lagipun dah lama tak jumpa mereka. Alkisahnya bila dah sampai jln Tar ni semuanya nak dibeli...masa dihabiskan kat sini macam pergi kerja...uuhuu dari pagi sampai sini...tengok jam pukul 6 ptg baru keluar dari parking....tu la kelebihan kaum wanita kan!!! sebab tu sebelum keluar rumah aku bagitau Mr Right hari ni bagi masa saya 'enjoy' jangan ganggu... lagipun aku dah lama tak ke sini. Sebenarnyakan!!!! shopping bersama kawan-kawan ni amat menyeronokan tau...tambah pula bila kita satu kepala dalam bab-bab memilih barang...maka sah la dari kepala ke hujung kaki semuanya nak dibeli.
|
Kenangan dari kawan baik aku...katanya hadiah tertunggak sempena hari bermakna dalam hidup aku..terima kasih ya my bff. |
|
Aku yang terbabas!!! Antara barang yang tiada niat untuk dibeli...bukan sekadar jadi consultant kepada kawan-kawan... |
No comments:
Post a Comment