Pagi sabtu hujan mencurah-curah....cuaca sejuk perut mula meminta untuk diisi...bukan setakat aku je yang rasa nak makan breakfast yang berat, penghuni lain pun teringin juga. Keputusannya aku masak nasi kerabu untuk sarapan...plan nak buat nasi kerabu malam tadi untuk makan tengahari tapi ubah fikiran masak awal pagi, lagi pun tak perlu ke pasar sebab tengok daum kesum yang ditanam dalam pasu dah menghijau...sayang pulak kalau tak petik akan kering macam tu je. Sumber tanaman serba sedikit ada ditaman kat rumah ni seperti daun kesum, serai, daun pandan, pokok limau purut yang masih kecil tapi dah berjasa kat tuannya. Masa balik kg hari tu aku bawa pokok serai kayu...nampak dah keluar pucuk...uuhhu dapat la ambil sikit sekadar ada aroma dalam ulam nasi kerabu. Jadi hidangan untuk makan nasi kerabu pagi ni lengkap tak perlu ke pasar.
|
Hidangan nasi kerabu bersama daging bakar yang sudah sedia untuk dimakan. |
|
Antara hidangan untuk nasi kerabu...nasi kerabu warna biru (kalau nak bagi nasi tu ada aroma boleh letak daun limau purut, daun pandan dan ketuk sebatang serai), sambal kelapa goreng, ulam-ulaman, tumis (santan dimasak bersama cili dan bawang hingga pecah minyak), budu, sambal cili / air lada, lauk pauk seperti ayam dan daging bakar serta keropok....kalau ada telur masin dan solok lada lagi sedap. |
No comments:
Post a Comment