Thursday, August 22, 2013

Pemergian dan Kehilangan

Catatan ini setelah seminggu berlalu baru aku ada mood untuk paparkan. 

14 Ogos 2013 @ 7 Syawal 1434 - waktu zohor hari Rabu. Dalam suasana kemeriahan umat Islam masih meraikan hari raya Aidil Fitri, adik aku kehilangan suaminya yang tercinta akibat sesak nafas masa tidur puncanya serangan jantung. Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk adik aku. Berita sedih aku terima semasa aku dalam perjalanan pulang dari Gold Coast Resort setelah  sehari kami melawatnya. Rezeki kami sekeluarga bersama dengan arwah terlalu singkat dan jodoh perkhawinan adik aku bulan November nanti genap ulangtahun ke 2.

Aku terima panggilan dari adik lebih kurang pukul 2 petang, masa tu hampir 2 km aku akan sampai rumah - aku teruskan perjalanan balik rumah dulu sebab nak tukar beg pakaian yang dah pakai. Dalam keadaan yang agak panik dan kelam kabut aku capai je baju masuk beg. Kami terus keluar rumah sebab memikirkan adik aku keseorangan kat sana...tiada sedara mara yang terdekat. Masa tu aku cuma fikir keadaan adik aku, yang meninggal dunia dia dah selamat, Allah swt dah tentukan tempatnya dan segala kehidupan di dunia sudah ditinggalkan bila selamat ke liang lahat. Aku tau adik aku tak boleh terima pemergian arwah sebab sakitnya begitu singkat dan serangan jantung yang dia kena pun sekadar blok yang kecil dan pihak hospital mengesahkan pagi sebelum meninggal dia sihat cuma tunggu untuk buat pembedahan kecil. Ya la perjanjian dia dengan Allah sudah termaktub, kita kena terima ketentuannya dengan sabar dan redha.

Aku sambung cuti untuk meluangkan masa bersamanya, aku tau kehadiran aku tak boleh menghiburkan atau mengubat hatinya yang sunyi, sedih, kosong kehilangan dan menggantikannya dengan sesuatu. Aku hanya mampu menasihatinya supaya berdoa dan berserah kepada Allah swt - bersujud mohon diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Adanya aku disisi dia sekurangnya boleh mendengar segala keluahan perasannya...cerita suka duka semasa bersama arwah. Kami semua tau cinta mereka berdua bersemi terlalu lama dan firasat aku mengatakan itu cinta pertama untuk adik aku. Dia sanggup tunggu hampir 15 tahun...sebab tu hantaran perkhawinannya berjumlah 15k tanda CINTA mereka. 

Sepanjang aku menemani adik aku banyak memori dan barang-barang kenangan dia keluarkan untuk tatapan. Dari ayat-ayat cinta melalui kad dan surat tercatat aku tau arwah suaminya seorang yang romantik, menyintai dan menyayangi dia sepanjang hanyatnya. Walaupun usia perkhawinanya singkat tapi sepanjang perkhawinan kebahagiannya boleh aku lihat antara mereka berdua. Mungkin mereka akan diketemukan lagi di sana, hanya Allah swt yang menentukannya.

Di pihak aku sekeluarga memang amat terasa pemergiannya sebab dia seorang yang baik dan yang paling kami hargai dia menjaga adik sebagai kekasih dan isteri dengan sepenuh hati. Hanya Allah swt saja yang maha mengetahui dan membalas kebaikannya. Aku dan Mr Right agak sukar untuk terima pemergiannya sebab masa kami ziarah dia nampak sihat dah bersembang seperti biasa, aku tau Mr Right dan arwah amat rapat mereka memang suka bersembang topik-topik semasa...ya la masing-masing ada kerjaya dan jarang umur antara mereka berdua tak jauh. 

5 hari aku menemai adik aku, rasa sedih nak tinggal dia yang masih berkabung/iddah dengan kesedihan dan kesunyian.  Doa aku agar dia kuat untuk meneruskan kehidupan seharian meskipun dalam keperitan keseorangan setelah pemergian dan kehilangan selamanya seorang peneman yang telah diijab qabul. InsyAllah suatu masa nanti dia akan temui kebahagian walaupun situasinya berbeza. Untuk adik...'Kita tidak tau apa yang Allah swt janjikan untuk kita dikemudian hari, mungkin DIA akan gantikan yang lagi indah dan bahagia dari yang pernah kita temui'. Amin.

No comments: