Hari minggu yang penuh dengan aktiviti selain dari kerja rumah makan pun tergolong dalam aktiviti rumah. Selepas makan tengahari sambung makan pencuci mulut... walaupun nak diet dari makanan manis...aku masak juga pengat pisang untuk dimakan dengan pulut. Bila dah ada makanan kena la hidang walaupun aku tak makan orang lain boleh makan...tu la namanya rezeki. Pengat pisang tanduk ni aku masak untuk adik yang datang rumah...biasanya dia suka makan makanan manis yang berkuah... biasalah dah kaum sekeluarga... selera makan pun sama.... cuma aku je kena belajar kurangkan makan manis.
Pengat pisang tanduk!!! boleh dimakan dengan pulut atau dicicah dengan roti pun sedap!!! |
No comments:
Post a Comment