Cempedak ni adik yang bawa...alahai banyak la pula makanan hari ni. Aku terpaksa la goreng cempedak ni sebab tuan yang bawa ni nak makan. Bukannya susah setakat goreng cempedak je sambil rehat tengok tv pun boleh, elok juga la boleh dihidang minum petang. 2 biji cempedak dapat 25 ulas...uuhhuu jenuh la aku menggoreng, lagipun cempedak ni kena goreng api perlahan supaya isi cempedak tersebut masak dengan sempurna...kalau boleh bijinya pun masak dan boleh di makan.
Cempedak madu...memang betul-betul madu sebab rasa manisnya tidak terkata...orang cakap manis sampai melekat kat tekak. Elok la dihidangkan dengan teh o limau untuk patahkan kalori minyak. |
No comments:
Post a Comment