Sunday, April 21, 2013

Khabar Pagi Ahad

Wake up!!! aaarrrhhh lenguh dan tegang kaki aku, muka pula rasa panas je. Ni la gara2 trip penamaan calon di Kedah semalam, kali ni aku pergerakan ke sana berbad sebab last minit buat keputusan untuk pergi, sehari sebelum member ajak ke sana naik kereta ada ruang kosong...tapi aku tolak sebab demam. Entah kenapa pagi jumaat tu aku ambil bersemangat untuk ke tempat bos! Lagipun tak tau 5 tahun akan datang aku dapat merasai lagi suasana macam ni dan Mr Right pun tak ada rumah. Ok set!! aku ikut bas yang bawa penyokong dari KL. Bertolak pukul 10 pm dari Jln Putra sampai destinasi 5am, solat subuh dan bergerak ke tempat acara. Huuuhh tanpa sarapan dan tak cukup tidur terus berarak dan berjemur panas untuk tunggu pengumuman nama calon. Waaahhh bersemangat CikYa tak sedar matahari membakar kulit. 

Masa bergerak balik aku terpandang kawan lelaki masa sekolah menengah uuuhh dia jadi ketua cawangan polis kat sana. Tapi kami tetap kenal 1987-2013 tak jumpa. Aku tak boleh sembang lama sebab nak bergerak balik KL dan dia pun nampak banyak kerja. Aku dan rombongan cik kiah bergerak ke Pekan Rabu sebelum bergerak balik dan sampai KL dah 11pm. Alahamduillah!!! Selamat semuanya. 

PAGI ni aku agak kemalasan untuk pergi kelas Al quran bercampur dengan badan yang rasa letih aku lepak depan tv @ astrofirst tayangan 2 Kalimah. Ok la aku  layan cerita ni melayu kononnya tajuk tu nampak cam best... kesimpulannya dapat aku katakan cerita ni seperti drama biasa je seperti tengok siri Tanah Kubur @ astro oasis. Jadilah hiburan untuk aku pagi ahad ni sambil relek2 kepenatan.

No comments: