Friday, April 5, 2013

Biskut Ping Pong

Pagi ni biskut ping pong jadi pengalas perut, cukup la utk pagi ni. Kenangan!!! Biskut pingpong yang jadi rebutan dengan kawan2 sepejabat masa aku mula2 bekerja sebagai kerani kontrak... syarikat tempat aku kerja akan beli biskut size tin yang besar macam  kat kedai runcit...bila kena kerja overtime waktu malam, ni la makanan kami bila lapar. Dulu harga biskut ni paling murah.... tapi sekarang berbeza harganya. Tapi masa ni kami semua tak fikir pun pasal biskut ni murah atau mahal janji dapat makan free dan masa tu kerja mana la boleh bermewahan makan.

Sekarang ni selera untuk makan pagi agak kurang mungkin aku dah jemu bila tengok menu yang sama je kat sini. Sejak beberapa minggu ni aku amalkan setiap pagi minum susu segar sebelum keluar rumah, perut pun rasa kenyang bila dah minum segelas susu. Kalau ikut diet aku yang darah kumpulan O  ni kena kurangkan pengambilan tenusu. Eeemmm aku tak pratik 100% apa yang disarankan sebab hidangan seharian aku pun tak ikut sistem. 

No comments: