Wednesday, February 10, 2016

Solok Lada

Petang ni masak solok lada...salah satu menu makan malam kami. Hari ni sampai rumah agak awal dari biasa, seronok kalau setiap hari pergi dan balik kerja tak mengadap jem. Maka hari ni dapat la lama sikit kat dapur masak beberapa menu dan salah satunya solok lada. 

Bahan2nya-
Lada/Cili besar
Santan
Daun pandan

Untuk inti-
Bawang merah
Halia
Serai
lada hitam
Kelapa goreng
Kelapa mentah
Isi ikan rebus/bakar tawar
Garam gula
Sebiji telur.

-Untuk inti semuanya diblend/tumbuk, kemudian pecahkan telur dan gaul (tujuannya untuk bagi inti melekat semasa masak/kukus)
-Projek sumbat inti dalam cili, sebelum itu cili hendaklah dibelah dan dibuang bijinya.
- Bila dan selesai sumbat cili, alas daun pandan dalam periuk/pengukus dan susun cili2 tersebut. Selepas itu curah santan pekat dan kukus atau masak sehingga cili layu.

Ini la dia rupa solok lada yang tidak seindah mana...tapi bila kami makan nasi dengan solok lada, sup tulang dan ikan kerisi goreng tak larat nak bangun dari kerusi.

No comments: