Sunday, February 7, 2016

Pulut Pagi

Pagi ni bersemangat mengukus pulut untuk dijadikan sarapan. Cuaca sejuk pagi ni terasa lapar pula...
Untuk masak pulut pagi ni ada cara kukus dan ada juga yang tanak seperti biasa. Tapi kali ni saya kukus. Sebelum kukus elok beras pulut direndam sekejap dalam masa 30 minit. Kukus pulut sehingga naik wap / masak, angkat dan gaul atau arun dengan air nisan yang sudah dimasak (air+nisan+gula yang dimasak dan dicampur sedikit air kapur), kemudian kukus sekali lagi sehingga masak...semasa mengukus saya letak daun pandan dalam pulut untuk dapatkan aroma...kalau ikutkan tak letak pun tak apa sebabnya aroma pulut pun sudah cukup menyelerakan.

Bahan untuk masak pulut ni tak banyak - pulut, gula, nisan, air, sedikit air kapur,  daun pandan dan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam/gula.

Jom kita makan pulut pagi...sekejap lagi lepas makan pulut ni ada yang sambung tidur.

No comments: