Menu untuk berbuka hari isnin = 16 Ramadhan ikan cencaru bakar letak sambal cili....setelah termenung depan peti ais mencari ilham. Sebenarnya hari ni masak untuk selera sendiri sebab Mr Right dah ada menu daging kambing masak masala. Aku kurang minat makan daging kambing maka kena la masak yang lain...kalau selera aku ikan adalah lauk kegemaran...yang berkuah ikan tongkol atau aya masak singgang lepas tu ulam cicah budu...waaahh memang heaven la selera berbuka petang tadi.
Cencaru bakar bercili...pedas!!! sekali sekala dapat makan lauk pedas ni rasa lengkap selera...tapi bulan puasa ni tidak digalakkan makan yang pedas. |
No comments:
Post a Comment