Wednesday, January 1, 2014

Salam 1 Januari 2014

Assalamulaikum dan selamat pagi untuk semua umat di muka bumi ini. Rahmat dariNya aku masih boleh melihat cahaya matahari pagi 1 Januari 2014 = 28 Safar 1435. Aku tidak pasti adakah senyuman sang mentari pagi ini akan berterusan hingga ke petang atau pun akan hujan di tengahari? Hanya Dia yang bisa menentukannya....aku sekadar insan penghuni sementara hanya menikmati dan melewati setiap galur cahaya. Andainya sinar matahari terus bercahaya aku memujanya kerana keindahannya...jika diturunkan hujan aku mengsyukuri rahmat kesegarannya. Begitu la indah ciptaan Nya tiada tandingan. Pengharapan aku aman la bumi ini selamanya untuk aku dan umat yang lain terus mengecapinya tanpa kelalaian.

No comments: