Monday, January 13, 2014

Tekanan Darah

Monday mood!!! Hari ni aku niat nak puasa sunat dan bangun sahur minum air suam je. Kita hanya merancang tapi yang menentukannya DIA...sampai ofis tadi aku rasa mual dan kurang selesa dalam perut. Adakah aku kena gastrik? atau tekanan darah tak stabil atau tinggi...macam-macam bermain dalam fikiran. Bila dah macam ni aku tukar la niat untuk puasa...aku keluar cari makanan untuk elakkan badan ni dari dilanda sesuatu yang tidak baik. Aku beli roti...eeemm tak selera!! aaarrrh beli nasi lemak, maka berbuka puasa aka sarapan. Bila dah sarapan rasa lega...petang pukul 3 aku rasa sakit-sakit kat atas leher dan seluruh bahagian belakang rasa sakit tapi bahu tak sakit...sebab sintom tekanan darah tinggi biasanya sakit atas bahu dan leher. Aku dah mula sendawa angin dan perut mula rasa bergelombang....aduhaii kenapa ni. Aku bancuh milo tapi tak ada perubahan.

Sampai rumah aku ambil mesin check tekanan darah...120/78...eeemm ok la mungkin masih penat...kalau ikutkan belum tahap tekanan darah tinggi. Ok aku exercises cycling 15 minit dan sauna 20 minit. Kemudian mandi, solat dan rest tengok Aksia TV3 Ariana Rose...tenangkan fikiran rehatkan badan. Selepas satu jam lebih aku ulang check / ambil tekanan darah...eeemm ok je tak ada tekanan darah tinggi...mungkin aku serangan tekanan angin dalam badan kot.

No comments: