Tahun 2014 sudah berlalu 8 hari, aku dah kembali ke tempat kerja hari isnin lepas 6hb. Tiada apa yang indah untuk awal tahun ni kecuali melalui hari-hari dengan mengumpul semangat untuk tambah amal, memenuhi ilmu di dada tak kira untuk dunia dan akhirat, menjaga kesihatan + kecantikan, menjana ekonomi dan banyak lagi target lain...tak termampu aku nak citer kat sini. Tengok pada cita-cita tu rasanya tak cukup tempoh setahun...tak pa tak berjaya tahun ni aku bawa la ke tahun akan datang. Macam sekarang ni azam 2013 tak semua tercapai dengan cemerlang...tapi aku masih boleh bawa ke tahun ni. Ya la tak semua yang kita target akan dapat 100%. Cuma aku bersyukur 2013 ada juga yang membahagiakan. Penghujung tahun 2013 pula ada berita dari majikan dapat bonus!!!! Alhamduillah rezeki...tak kisah la berapa dapat janji ada rezeki.
Azam tahun ni nak tunai puasa sunat setiap hari isnin dan khamis... InsyAllah. Untuk minggu ni aku sudah tunai puasa sunat pada hari isnin lepas...tapi entah kenapa selepas berbuka puasa tiba-tiba je sakit kepala dan leher rasa sakit...aku ambil mesin check tekanan darah, terkejut bila tengok tekanan naik catatan 130/80...tapi belum tergolong dalam kategori tekanan darah tinggi cuma sintom tu ada. Terfikir juga mungkin aku makan durian dan badan agak letih sebab hari ni firstday puasa dan masuk kerja. Ok lepas ni azam nak diet pemakanan demi kesihatan.
No comments:
Post a Comment