Saturday, June 15, 2013

Kebab + Mandy Rice

Kami dinner kat area Hotel D'Plama, Ampang, menu makanan malam ni ala Arabic. Pertama kali jenguk kat Restoran ni, kebetulan Mr Right ada urusan kerja kat area sini. Aku kalau ikutkan selera nak makan tu agak kurang sebab masih diselubungi selsema. Bila orang dah ajak makan... bermakna kena la ikut, tak perlu aku nak memberi alasan. 

Menu yang kami pilih satu set kebab kambing+roti nan dan set nasi chicken mandy. Terkejut bila hidangan untuk kami sampai... habis ke makan, kuantitinya agak banyak. Ya la makan setakat boleh... ternyata tak boleh dihabiskan. Aku rasa makanannya biasa je... bukan disebabkan aku selsema @ kurang selera, tapi Mr Right pun cakap rasanya kurang jika dibandingkan dengan kedai lain yang pernah kami makan. Bila makan kebab kambing tu aku memang tak boleh tahan bau hamis mungkin juga aku kurang minat daging kambing, nasi mandy tu biasa je. Waiter kat situ pack makanan kami yang banyak tak makan...katanya membazir baik bawa balik. Masa waiter tu kemas meja dia tanya nak bungkus bawa balik ke? Kami cakap tak nak...eeemmm segan pula bila waiter tu cakap baik bawa balik dari membazir. Ya la adakalanya kita lupa tentang pembaziran tanpa disengajakan!!!

No comments: