Sunday, June 28, 2015

Ramadhan ke 11 - Puding Karamel

Malam tadi rasa sihat... plan hari ini nak pergi mengaji dan masak yang istimewa untuk berbuka. Tapi lepas sahur tadi rasa tak larat untuk memandu terpaksa batal untuk ke kelas mengaji...risau juga kalau berlaku yang tak diingini dalam perjalanan nanti...baca je Al Quran kat rumah. 

Setelah berehat dalam beberapa jam aku rasa ok...plan nak masak istimewa sempena harijadi Mr Right hari ni...namun aku terpaksa ubah masak yang biasa je mengikut kemampuan diri. Aku sekadar masak puding karamel menggantikan kek, tak pa la janji ada pemanis mulut.

Resipi puding ni macam biasanya...mesti semua orang tau buat...

Bahannya:
Sos / Karamel - 1 cawan gula + 1/2 cawan gula - masak gula hingga cair kemudian masukkan air kacau hingga gula tidak berketul dan warna keperangan. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.

Puding - 5 biji telur + 1 tin susu cair + 1 tsp essen vanilla + 2 sudu besar gula (jika tak letak pun tak pa sebab sos karamel dah manis) + 1/2 cawan air campur + satu sudu besar tepung kastard (pilihan)

Panaskan sekejap susu cair + gula + 1/2 cawan air (sekadar untuk hancurkan gula, pukul telur + vanilla kemudian masukkan susu tersebut. Setelah sebati tapis dalam acuan yang ada karamel dan kukus.

Bahan untuk puding roti - 4 keping roti + sebiji telur + 1 cawan susu + 3 sudu gula, kacau sehingga roti kembang dan sebati. Adunan puding roti ni dimasukkan dalam loyang puding karamel setelah puding ini dikukus 10 minit...agak2 puding nampak memejal, kemudian ratakan adunan roti tersebut atas puding karamel dan kukus sehingga masak (45 minit)
Puding karamel ni aku buat berlapis dengan puding roti memang sedap!!!
Ini la hasil kerja orang tak sihat memasak...agak kecewa sebab tak nampak cantik bahagian tepi sebabnya guna aku loyang kek...biasanya kalau buat karamel aku guna bekas kaca tidak melekat macam ni.

1 comment:

adda syuhada said...

Alaaaaaa....sedapnyaaaaaa......terus terasa nk buat puding karamel