Hari ke 6 berpuasa...menu hari ni daging lembu masak gulai darat, kerabu mangga campur sotong, ikan goreng dan tauhu sumbat... bersemangat memasak hari ni kononnya rasa dah sihat...tapi lepas berbuka badan ni rasa tak sihat...eeemm lepas solat isyak baring sekejap tiba2 je dah rasa mengiggil...
Masak daging gulai darat ni dah banyak kali aku tayang...tak pa la itu je menu yang aku suka masak. Cuma kali ni aku masukkan terung dalam masakan ni memandangkan tak ada stok ubi kentang.
Bahan-bahannya : daging + lengkuas + halia + bawang merah + bawang putih + cili kering + ketumbar + kunyit (diblend) + santan + kerisik + asam keping + garam gula + terung + daun kesum (tak letak pun tak pa) |
Kerabu mangga menu yang kerap menjadi hidangan...cuma kali ni aku letak sotong yang telah direbus |
No comments:
Post a Comment