Wednesday, September 3, 2014

Bihun atau Mihun Goreng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mihun (atau mi siam di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China, bentuknya seperti mi namun lebih tipis. Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli atau rice noodles atau rice sticks. Sebutan asal mihun ialah "bihun", yang berasal dari bahasa Cina, iaitu "bi" iaitu beras dan "hun" iaitu tepung. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal dari negara China dan Asia Selatan, seperti India.

Sebutan perkataan mihun atau bihun kedua-duanya betul....aku dari kecil suka sebut perkataan mihun tapi hari ni terlintas dalam fikiran kenapa ada dua sebutan. Apa pun aku cuba mencari kesahihannya selain dari rujukan di wikipedia... rujuk di sini - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bihun&d=10

Panjang pula cerita pasal perkataan mihun atau bihun gara-gara aku masak mihun goreng pagi ni untuk sarapan. Celik mata pagi tadi terlintas nak makan makanan yang bergoreng...aku sanggup tunai permintaan selera ni, biarpun masa agak suntuk untuk ke pejabat pagi ni....In Sya Allah sempat.... lagipun sekarang jalan raya kurang kereta mungkin masih ada yang bercuti sempena Hari Merdeka. Aku goreng bihun ni ringkas je letak perencah fish ball, daging dan udang kering....sayurnya sekadar sawi dan salad...cukup la untuk memenuhi selera pagi.


Siap!!! satu tuppeware untuk bekalan aku makan di ofis....nak makan kat rumah nanti lewat pula keluar ke ofis.

2 comments:

Mihun said...

Penipu tolol, ianya mihun bukan mihun, sepanjang 14 setengah tahun saya hidup di bumi ni, saya nampak banyak gila orang tulis mihun and not bihun, eee busuk

Fake said...

Sebutan sebenarnya adalah Mi atau beras ataupun nasi kalo bi en tu aju tau kacang je hidup kita penuh penipuan tolol