Sunday, September 14, 2014

Weekend @ Awana Genting

Cuti hujung minggu dan cuti sekolah bermula...kami ke Awana Genting sekadar rehatkan diri dari kesibukan kotaraya. Kebetulan adik sekeluarga dari kampung singgah di sini sebelum bercuti ke destinasi seterusnya...aku pun dah lama tak datang sini boleh la tumpang sama bercuti. Walaupun dah berkali ke sini aku tak rasa bosan sebab dari segi lokasinya yang mendamaikan, perjalanan dari KL tak sampai satu jam, ruang legar hotel selesa dan kafenya teratur untuk menikmati makanan ada pengaliran udara segar....makanannya memuaskan. Biliknya cukup selesa terutama sekali waktu pagi udara segar dipenuhi kabus. Aktiviti boleh dipenuhi dengan berenang, golf dan beriadah etc...nak naik puncak Genting terus ke First World Hotel dan Cable car Skyway ada shuttle bus disediakan. Cuma kena bayar tiket Cable car saja...bercuti di tempat macam ni 2 hari pun dah cukup menenangkan fikiran. 

Pandangan swimming pool dari bilik tingkat 26
Cuaca redup dan sejuk
Waktu pagi Ahad...kabus tebal dah sejuk

No comments: