Wednesday, September 3, 2014

Sabar Dalam Tenang

Apa perasaan anda bila tengok aksi kucing?? Bagi yang minat atau suka kucing mesti ketawa dan seronok kan....aku pun turut geli hati bila tengok keletah kucing walaupun aku ni tergolongan dalam kalangan kurang minta membela kucing setakat tengok suka la. Situasi aku sekarang ni sabar dalam tenang...uuhuuu macam mana nak perjelaskan istilah sabar dalam tenang tu... Sejak ada Si Persian @ Snow dalam rumah ni aku stress dari segi penjagaan dan kerenah pergerakannya...faham-faham je la kucing 'indoor' satu rumah dia 'explore'...tapi tetap sabar!! Disebalik sabar tu aku rasa tenang bila tengok telatah dan aksi Snow bermain dan melepak. Sekarang ni aku cuba terima hakikat Snow sebahagian dari penghuni rumah ni...kalau setiap masa aku nak stress dan marah tak guna, lagipun binatang ni bukannya ada akal...silap haribulan bila tengok aku marah2 binatang ni ada pula yang orang cakap hilang akal!!!

Apa perasaan bila kita penat-penat lap kabinet tv tiba-tiba tengok Presian ni melepak atas tu....
Kita dah vakum karpet dia seronok je tidur..begini la gaya Snow tidur...
Waaah bestnya baring!!! Apa perasaan bila tengok aksi atau gaya Presian tidur?
Apa aku kisah lepak atas meja ni...memang hobi aku duduk tempat tinggi. Lagipun tuan aku duduk atas kerusi je...uuhhhu apa perasaan tuan puan bila Persian cakap macam tu...hahaha sabar je la.

No comments: