Monday, October 31, 2011

Brunch : Kueh teow goreng

Selamat pagi Isnin - bagi yang bekerja diistilah 'monday mood'. Ya la masing-masing malas dan penat setelah 2 hari cuti penuh dengan aktiviti. Saya pun cam tu la .. lepas tu cam biasa la wake up pagi dah fikir nak breakfast/lunch apa hari ni kat ofis... kekadang tu dah jemu nak beli kat kafe area ofis tu, asyik menu sama je... rasa pun dah pasti la sama kan!!


Hari ni bawa bekal kueh teow goreng ... tak perlu lagi nak pening fikir nak makan apa bila sampai di ofis... emm memasak ni biasa la setiap orang ada selera masing2, memandangkan nak bawa bekal ke ofis saya goreng kueh teow kering la... kalau kueh teow goreng basah kena makan panas-panas baru sedap.

  
Hasil yang ada dalam peti ais:

[Kueh teow + ayam + chicken ball + taugeh + sawi + tomato + bawang putih + cili padi (kalau nak pedas) + sos cili + sos tiram + kicap + garam + gula]

Bila kita masak sendiri dah semestinya boleh oleh letak bahan2 ikut selera rasa apa yang kita nak... kalau nak pedas letak je cili padi ... kalau nak masin/manis tu pun kita boleh tentukan sendiri... sebenarnya masak sendiri ni ada kebaikan dan keburukannya!!! nak tau kenapa saya cakap cam tu... kalau kita masak sendiri ni kekadang tu terlalu ikut selera nak sedap kita letak macam2 lepas tu extra rasa dah semestinya tak jaga keburukan lebihan garam/guna etc... walau cam mana pun masak ilham sendiri ada keistimewaannya tersendiri!!! emmm jom brunch (breakfast + lunch)!!!

Saturday, October 29, 2011

Laksa Kelate

Salam hari sabtu!!!! 
Dalam perjalanan balik dari kelas quran tengahari tadi... sambil berkhayal memandu tiba2 terbuka selera nak makan laksa kelate... emmm apa lagi melencong la sekejap singgah kedai runcit Segi. Yang penting kena cari laksa, ikan dan ulam-ulaman. Bahan yang lain tu dah ada ke rumah.

Laksa sedia untuk di jamah!!!

Mungkin blogger / pembaca semua dah tau macam mana nak memasak laksa kelate ni... cuma versi dan misi tu je yang mungkin berbeza. Versi saya dalam acara memasak ni simple je.. sebab masak untuk selera diri sendiri.

Selera saya kalau memasak kuah laksa ni kuahnya mesti pekat sebab bila makan ikan dan santan tu macam melekat je kat laksa....slruuppp!!! yumm!yumm!! ulam-ulam tu saya ambil yang wajib je... seperti daun kesum dan bunga kantan untuk aroma bila makan, taugeh dan timun... kalau ada daun salad / kacang panjang pun ok menambahkan lagi khasiat. Kalau yang suka pedas macam saya ni... letak la cili padi yang ditumbuk @ sambal belacan pun ok.





Bahan-bahan yang saya guna untuk kuah; [ ikan segar (sardin/selayang), santan, bawang merah, lada hitam, asam keping, serai, garam dan sedikit gula ]

Laksa direbus hingga masak.

Ulam-ulaman, sepeti bunga kantan, timun, daun kesum, timur dipotong kecil-kecil / racik dan taugeh cuma buang ekornya saja.


ulam-ulaman ; bunga kantan, daun kesum, taugeh dan timun

Friday, October 28, 2011

Deko Ice Cream

Deko ice cream...betul ke ayat yang saya guna tu.. emm main sedap mulut je keluar ayat tu. Tapi sesiapa yang baca ni mesti faham sebab perkata 'deko' ni dah sinonim digunakan. Cuma perkataan deko tu sesuai digunakan untuk memperkatakan tentang ubahsuai rumah. Tapi saya cuba transformasi kepada makanan.. emm ice cream!!!



Saya percaya ramai yang suka makan ice cream.... tambah pulak bila cuaca panas. Kalau jalan2 ternampak orang menjaja ice cream mesti nak beli... tapi yang tu tak ada decoration. Kecuali bila menyinggah kat outlet yang ada menu dessert ice cream... dah semestinya ice cream tu tertayang dengan toping  yang cantik...



Bila dok kat rumah tiba2 je nak makan ice cream rasanya tak berbaloi nak keluar memandu menuju kat tempat cam tu sekadar nak makan ice cream je... apa kata kita belajar mendekorasi sendiri..alah bukannya susah pun main tabur je... uuuuhhh nah tengok hasil yang saya dah buat. Tapi dengan syarat ice cream tu dah ada kat dalam peti ais la.. kalau nak wat ice cream tu saya belum pandai lagi... dalam perhatian la nak membuatnya. Sekarang ni sekadar mendekorasi je ice cream untuk tuntutan selera sendiri.

Meroti!!! apa tu?

yessss!!! ini la pertama kali dalam hidup saya belajar sendiri mengadun, menguli dan membakar roti...so combinasi semua tu kita jadikan perkataan 'meroti'. Dengan penuh semangat balik kerja petang semalam saya cuba menceburkan diri sendiri dalam meroti ni. Disebabkan rasa tercabar asyik dok tengok dalam internet ni ramai yang bijak pandai memasak dok menayang segala hasilnya. Maka saya pun dengan semangat yang kental ni cuba copy resipi dari blogger. Harap blogger tu halalkan la ya!!!



Nak gak cerita pengalaman saya meroti ni... ya la saya tak ada bread maker, maka terpaksa la membuat secara manual ... uli guna tangan dan tenaga sendiri la. Lagipun saya masak ni bukannya untuk jual...sekadar untuk makan sendiri je... Resipi yang saya ambil dari blogger ni pun tak banyak kerenah ... bahan yang digunakan pun tak banyak memang betul2 menjimatkan. Lepas tu bahan2 yang perlu digunakan semua dah ada kat rumah.

Alahamduillah!!! yahooo... saya berjaya menghasilkan sebuku roti putih ...walaupun tak seindah yang dijual di kedai. Tapi memang mengembirakan. Mungkin kepada yang bijak pandai meroti ni tentu boleh menilai dah komen hasil usaha saya ni. Mesti ada kekurangannya!!!. Inssyallah lepas ni boleh la meroti lagi.