Sunday, March 31, 2013
Kopitiam @ House
Saturday, March 30, 2013
Coliseum Cafe & Grill


Spagheti Berkuah Carbonara

Friday, March 29, 2013
Our Dinner

Wednesday, March 27, 2013
Dinner @ Solaris Dutamas
------------------------------------------------------------------------------------
Baru je balik dari makan, Mr Right belanja makan makanan Asia Timur... kalau ikut pada hidangan 100% ada di kedai mamak... lokasi & restoran ni memang exclusive tapi makanan kurang sedap... bagi aku masakan mamak lagi sedap. Lepas makan aku terus pangkah... kesian restoran tu dapat pelanggan macam aku. Ya la kami target tempat makan sedap dan selesa... tapi indah kabar dari rupa. Terpengaruh dengan promo di internet punye pasal... bila baca menu nampak menarik sebab nama dan bahan yang agak berlainan dengan kedai mamak. Bila sampai atas meja.... eemmm sabar je ni rezeki untuk malam ni. Bab yang paling menarik sedang kami menikmati dessert... pop!!!! terus blackout satu restoran. Katanya fius problem... maka canddle light dinner la kami tanpa dijangka. Nasib la pelanggan yang ada masa tu cuma 2 meja je lagi... satu meja tu baru je potong kek birthday rakan mereka. Dan kami berdua makan dessert dalam suasana romantik lagi. Eeemmm 10 minit tunggu dalam gelap... kami say goodbye.
Monday, March 25, 2013
Nasi Kerabu

Sunday, March 24, 2013
Tembikai Susu Asam Boi
Hidangan aku malam ini sekadar buah tembikai susu. Buah ni kurang manis jadi untuk menarik selera aku cicah dengan asam boi. Bagi sesiapa yang biasa makan buah-buahan dengan asam boi ni mesti tau nikmatnya.
Jus Delima


Merayap + Menyoping

Kesudahannya aku ke supermarket beli barang keperluan dapur. Ada barang2 tertentu murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Uuuuhhhuu dah petang belum solat zohor lagi...aku cabut dulu kalau ikut nak merayau belum puas. Ikut pada jumlah bill yang aku soping aku dapat free parking. Allahamduillah hari banyak juga aku dapat benda free dan stress pun dah kurang sikit.
Spagheti Goreng
Ini makanan kejadiannya pagi tadi... tapi aku upload dah lewat petang, biasa la bila aku keluar merayau benda2 cam ni dah tak ada keutamaan.
Friday, March 22, 2013
Spagethi Angle Hair

Asam Laksa

Keperluan Wanita

Thursday, March 21, 2013
Mee Maggi dan Citerku


Bun sosej
Untuk makan tengahari hanya la sebiji bun sosej...sedap juga sebagai pengganti nasi. Bila badan terasa berat baru nak control makan, kalau tak aku suap je sampai kenyang. Sekarang dah nak mula menyesal bila jarum penimbang dah naik...sabar je la.!!! Diri sendiri yang kena tangung. Lagipun selera hari ni agak kurang mungkin kepala berserabut dengan pelbagai masalah...yang keluar masuk dalam fikiran aku ni. Sampai bila aku nak hadap dengan masalah majikan dan pekerja2 lain. Kenapa aku perlu cari aku untuk selesaikan masalah. Aku tidak mampu untuk selesai semua masalah kau orang dengan majikan. Aku hanya la pekerja biasa...aku cuba perjuang untuk kebajikan orang lain...tapi penyelesaian bukannya aku.!!! Lupakan semua tu...emosi sekejap.
Wednesday, March 20, 2013
Sakit Kepala@Stress@Panadol

Sushi
EDISI tertunggak malam tadi tak sempat nak upload...Petang semalam aku ke supermarket beli keperluan ofis untuk meeting malam. Kalau ikutkan masa untuk aku merayap memang tak ada, kecuali urusan yang terpaksa. Nak minta tolong dengan staff lain semua dah outstation. Bergerak la aku seorang...dari ofis di hulu menghala ke hilir untuk persiapan bos2 nak meeting kul 8 malam.
Sambil tolak troli tu ternampak sushi dan ada diskaun...biasalah dah petang mesti jual murah nak habiskan stok. Eemm apa lagi capai la dah makanan kegemaran aku. Sampai ofis rupanya ada gak peminat sushi...share la dengan dia untuk dinner.
Tuesday, March 19, 2013
Sandwich & Buah

Tengahari ni aku cuma makan roti sandwich dan buah. Aarrrhhh diet ke??? Jawapannya ada juga terniat nak diet, tapi takut nak mengaku. Kalau ikutkan hati tiap-tiap hari aku nak diet, tapi nafsu makan tak boleh nak elak bila dah lapar...kena la makan. Cuma sekarang ni terkawal la sikit bab-bab makan ni. Buah tembikai susu ni beli kat cafe, sandwich tu aku bawa dari rumah, pagi tadi aku sediakan sandwich ni untuk Mr Right makanan petang nanti. Biasanya dia balik awal, nak tunggu makan malam boleh la dia alas perut dulu. Kerja aku ni tak menentu, tiba-tiba je ada yang kena urus...terbabas la waktu untuk balik kerja. Sandwich ni aku sediakan 2 jenis, tuna dan chicken ham + keju. Kalau makan roti tiap2 hari boleh kurus tak?
Monday, March 18, 2013
Popia + Teh Bunga

Popia ni berinti karot, sengkuang dan taugeh, sizenya pun comel je. Mana tak tambah kalori sejak aku dok kerja kat sini, asyik jumpa makanan yang sedap je. Bila balik tempat kerja asal aku mesti teringat makanan yang aku makan kat sini. Jadi sementara berkhidmat kat sini aku enjoy je makan. Betul tak???
Sunday, March 17, 2013
Nasi Sup & ais krim

Friday, March 15, 2013
KUIH TALAM
Wednesday, March 13, 2013
Jemput2 Ikan Bilis

Hello Boss
Tuesday, March 12, 2013
Citer 'Outstation'
![]() |

Thursday, March 7, 2013
Pasembor Utara


Pagi ni dari pukul 8 pagi non-stop urus administration ofis...terasa kepenatan bila balik hotel. Tapi sebelum balik kat tempat kerja ada yang belanja pasembor. Uuuhh memang sedap, ada ketam goreng, lepas tu kesegaran sengkuang serta timun tambah selera makan untuk aku habiskan sebungkus.
Sunday, March 3, 2013
Kenduri
![]() |
Buah Tangan Tetamu |

Saturday, March 2, 2013
Kepala Ikan


Friday, March 1, 2013
Roti-Telur Hancur
Menu malam ini teramat ringkas, Mr Right cuma nak makan roti dengan telur goreng hancur. Plan aku masa otw dari ofis tadi nak masak nasi campur. Bagi aku teramat gembira bila tanya pasal makan dia yang bagi menu dan selera dia, ada masa aku pun tak ada idea nak buat hidangan. Jadi makan malam ini cukup padat bila ada telur, roti dan sayur bermayonies.