Thursday, February 12, 2015

Satay!!!

Secara sepontan je selera ni muncul...sedapnya satay!!! Ok balik dari kerja ni sepanjang memandu dok fikir kat mana boleh singgah untuk beli satay. Kena cari juga hari ni...lagipun dah lama tak makan. Tak da rezeki tempat yang aku aim nak membelinya tak buka...mungkin awal lagi kot....eeemm pulang dengan rasa sedikit kecewa!! Sampai rumah blend buah buat jus dan bakar roti dengan kaya...makan yang ni dulu untuk cover perut yang dah meminta2. Malam keluar misi mencari satay...Alhamduillah rezeki kedai yang aku singgah tadi dah buka...kedainya macam kedai burger je tapi ramai juga pelanggannya.

Disebalik selera nak makan satay dan misi mencarinya...aku hanya mampu makan 4 cucuk satay sahaja...bukannya satay tak sedap tapi perut aku dah kekenyangan gara2 dah makan roti bakar dan minum jus. Ya la tu je rezeki untuk aku...namun cukup la dah dapat hilang kempunan...rasanya kalau masa balik kerja tadi aku dapat membelinya sah aku boleh habiskan lebih dari 10 cucuk...uuuhhu tamak sebab tu tak dapat!. 

No comments: