Percutian kali ini banyak habiskan masa dengan berehat...tidak seperti percutian sebelum ini, lagipun aku memang pilih untuk berehat saja...tiada shopping dan melawat tempat-tempat menarik...kecuali keluar negara wajib seperti itu.
Aktiviti semasa bercuti di Grand Lexis selain dari makan, tidur, berenang, membaca...aku tambah lagi satu aktiviti manjakan diri pergi Lexspa urut badan dan facial treatment. Aromateraphy massage 75 minit yang aku pilih memang puas hati dan boleh lena...urutannya memang bagus cuma minyak levendar yang biasa aku guna tiada stok...aku pilih yang berbau rose. Bau atau aroma minyak massage boleh mempengaruhi tekanan perasaan...kita boleh kurang stress dan tidur lena. Lagipun teknik urutan badan banyak kebaikannya bagi yang penat @ stress, sakit saraf elok kunjungi sekali sebulan selain itu juga boleh keluarkan atau kurangkan segala toksin yang berkumpul dalam badan....tambah pula dah hampir bulan ramadhan elok la cuci segala toksin, bila berpuasa nanti tetap cergas dan segar.
No comments:
Post a Comment