Petang ini masak kari daging kambing untuk menu makan malam. Kalau ikutkan penat badan ni malas nak masak kari sebab masak daging kambing ni memerlukan masa agak lama. Tapi saya berusaha juga memasaknya sebab dah ketandusan tak tau nak masak menu apa.
Wednesday, February 21, 2018
Friday, February 16, 2018
Udang dan Pegaga
Happy CNY dan selamat bercuti.
Masak lemak tempoyak udang campur pegaga...panjang nama menu saya kali ini. Alkisah setelah sekian lama saya cuba elak makan udang...tapi hanya bertahan seketika je pantang sebab teringin nak makan. Ya la boleh makan tapi ada hadnya...saya ambil udang seekor je pun dah cukup. Resipi saya senang je, udang, daun pegaga, tempoyak, santan, serai, bawang merah, halia, kunyit dan cili padi. Bawang, halia, tempoyak, cili, kunyit tumbuk/blend..masak dengan santan hingga mendidih...masukkan udang dan serai diketuk atau boleh juga letak daun kunyit...akhir bila udang dah masak masukkan daun pegaga hingga layu...rasakan dengan garam/gula.
![]() |
| Bila dah teringin nak makan...soal alergic tu saya ketepikan...memang sedap!! |
Thursday, February 15, 2018
Pulut Pagi
Sekian lama tak makan pulut..puncanya bila makan pulut sejak dah berumur ni sakit badan....dulu tak ada sakit2 badan bila makan pulut. Sejak dari kecil kami dihidang pulut setiap pagi oleh arwah mek. Tanda2 penuaan!! banyak makanan saya alah sekarang. Tapi ada kala tu saya berdegil..tetap juga makan.
Masak pulut ni saya tidak kukus...dulu diajar kukus pulut tu dahulu kemudian digaul dengan air gula/nisan yang dimasak. Kali ini saya tanak pulut dalam periuk nasi letrik..sukatan air sedikit saja..pulut akan masak gaul/arun dengan air gula/nisan (pastikan air gula tidak terlalu cair supaya pulut tidak lembik). Bila pulut dan air gula dan sebati masukkan dalam periuk letrik dan masak sekejap sahaja....kalau nak kukus pun boleh sekadar 10 minit.
![]() |
| Pulut pagi...tapi saya tak semestinya makan waktu pagi...kelapa yang saya beli kurang menarik...kalau dapat kelapa putih dan muda lagi bertambah sedap bila dimakan dengan pulut. |
Thursday, February 1, 2018
Nasi Dagang
Cuti Hari Wilayah.
Acar timun, karot, bawang holland, bawang merah dan sebiji cili segar...masukkan cuka, garam dan gula...bawang dan cili mayang ya!!!
Nyaman dan tenang fikiran bila tak perlu ke ofis...dan 2 hari juga tiada gangguan yang memenatkan otak. Pagi ini bangkit dengan syukur masih di anugerah kesihatan yang baik. Dalam fikiran pagi ini fikir nak masak untuk sarapan. Rasa nak makan nasi dagang kelatan stail...tengok dalam peti ais ikan tongkol tak ada...ala kecewanya. Tapi ada ikan jemuduk..eeemm apa kata masak je ikan tu...sedap atau tak kita fikir kemudian.
Selesai je solat subuh...rendam beras nasi dagang campur biji halba hampir sejam dan kukus, penyediaan bahan2 untuk nasi dagang. Santan pekat + bawang merah, putih, halia dan serai dimayang + sedikit halba sebab dah letak dalam beras rendam + garam dan gula..kesemua tu dimasak hingga mendidih. Bila pulut siap dikukus boleh la arun atau gaul dalam nasi yang telah dikukus tadi. Kemudian kukus untuk kali ke 2...agak2 sekali wap naik je...sekadar untuk bagi nasi pulut dan santan meresap.
Gulai ikan ini saya masak stail kelantan, bawang merah, lengkuas, halia, cili kering, kunyit diblend, campur dalam santan dan masak seperti biasa hingga santan mendidih masukkan ikan, asam keping dan garam gula...kalau ada cili segar letak sebiji untuk dapatkan aroma.
Acar timun, karot, bawang holland, bawang merah dan sebiji cili segar...masukkan cuka, garam dan gula...bawang dan cili mayang ya!!!
![]() |
| Berjaya juga makan nasi dagang pagi ini...walaupun tanpa ikan aya/tongkol. |
Subscribe to:
Posts (Atom)



