Tuesday, May 26, 2015

Nasi Goreng Sempoi Je

Beberapa hari ni tak ada mood nak masak apa lagi nak update blog citerku ni. Kenapa agaknya jadi begini...eeemm faktor umur kot semuanya jadi lemau atau terlebih rehat atau dah banyak lemak dalam badan ni. Bangun pagi ni terasa nak makan nasi goreng...eeem masak je la walaupun sempoi nasi goreng...kalau beli belum tentu kena dengan selera aku. 

Ini la rupa nasi goreng sempoi untuk sarapan pagi ni...nasi goreng sekadar letak ikan bilis dan sedikit karot dan yang bestnya telur goreng separuh masak....naaahh aku bawa makan di ofis....selamat menjamu selera walaupun sempoi ianya tetap memikat selera....peringatan untuk diri sendiri sekarang ni bulan Syabaan belum lagi puasa sunat...rejab hanya tunai 5 hari puasa sunat...Ya Allah berilah hidayat kepada diri aku ni supaya ada semangat untuk mengerjakan amal ibadat.

Nasi goreng dan telur mata

Friday, May 22, 2015

Nasi Mandy Wadi Daw'an

Malam ni kami makan malam nasi mandy ayam, Mr Right beli dekat Keramat. Aku dah lama dok usha nasi mandy ni...cuma tak berkesempatan untuk pergi sendiri. Kebetulan hari ni jumaat Mr Right keluar ofis awal maka dia menghala ke sana...jadi dapat la aku merasa nasi mandy yang rakan-rakan dok cakap. 

Rasanya memang sedap!! nasi cukup rasa, ayamnya pun besar size  potong 4, ada salad, sambal dan sup. Aku pun rekmen kepada rakan2 untuk mencubanya....sah aku tak dapat nak bangun dari kerusi bila habis makan.

Nasi + ayam + sambal + sup dan acar terlindung bawah sambal
Kepada yang berminat sila rujuk disini ya....

Hanya Roti Bakar

Sarapan pagi ni hanya roti bakar...no more nasi lemak cukup la sekali  seminggu makan nasi lemak. Jika ikut nafsu makan setiap hari  nak makan yang berkalori tinggi..hakikatnya diri sendiri malas exercise...asyik mengumpul lemak je.

Maka pagi ni paksa diri sendiri sarapan dengan roti bakar dan coffee...Alhamduillah kenyang juga.

Wednesday, May 20, 2015

Makan Malam @ Star Cafe

Malam tadi kami makan malam kat luar...aku tutup dapur hari ni, elok juga la badan pun tak larat nak masak...semalam pun separuh hari kerja sebab sakit kepala dan demam. Hari ni masih ada sisa-sisa penat...balik dari kerja Mr Right ajak makan steak...restoran Asian Fusion. Aku memang tak akan pilih steak daging, lamb atau ayam...memandangkan badan tak sihat risau suhu panas badan akan naik....maka pilihan aku hanya salomon steak..uuhuu diet sikit. Set menu yang kami pilih tu agak lumayan hidangannya selain menu utama ada juga sup dan salad. Memang memadai untuk dinner...cukup padat perut aku malam ni.

Cerita pasal rasa hidangan ni...salad tu biasa la rasanya semuanya sama je di setiap restoran ataupun kita sediakan sendiri di rumah, sup cendawan memang sedap cukup rasa lemak...kalau ikutkan nak je aku tambah order. Menu pilihan aku salomon setak dah jadi salomon grill...eeem sosnya kurang menarik selera aku..tapi aku tetap berjaya habiskan semua makanan dengan alasan tak baik membazir.... 

Solomon grill...eeemm Mr Right komen macam ikan goreng kat rumah je...uuuhhh nak buat macam mana tukang masak dia sedia macam ni...kita makan aje la. Biasa sebelum ni kalau aku makan salomon steak tak la garing macam ni...ni dah macam overcook...
Beef steak...dagingnya ok lembut
Sup cendawan terbaik...kalau bagi extra aku boleh habiskan lagi satu mangkuk
Sepinggan salad pun habis aku makan...eeemm salad tak pa makan banyak pun ianya tidak menggemukkan..